Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah membuka permohonan Bantuan Zakat Ramadhan Saudara Kita Terengganu untuk tahun 2023.
Bantuan Zakat Ramadhan Saudara Kita Terengganu diwujudkan dengan bertujuan untuk membantu asnaf muallaf bagi menampung perbelanjaan dan keperluan menyambut bulan Ramadhan.
Bagi asnaf muallaf yang memerlukan bantuan ini, sila buat permohonan sebelum atau pada 17 Januari 2023 (Khamis).
Syarat Umum Agihan
Syarat umum agihan seperti yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Bayaran bantuan akan di kreditkan ke akaun pemohon.
- Bagi pemohon yang tiada akaun bank, pemohon wajib hadir dengan membawa kad pengenalan asal serta kad akuan memeluk agama Islam sebaqai bukti.
- Tidak dibenarkan wakil untuk menerima zakat tersebut.
- Tarikh agihan akan dimaklumkan kemudian.
- Pemohon yang tidak mengikuti Kelas Bimbingan Saudara Kita anjuran MAIDAM hendaklah mengisi Borang Akuan Bermastautin di Terengganu yang disahkan oleh Penahulu/Amil Zakat/Pengerusi MPKK.
- Muallaf/Saudara Kita Yang Layak
– Memeluk Islam di Terengganu dan menetap di Terengganu serta mengikuti Kelas Bimbingan Saudara Kita.
– Memeluk Islam di luar Terengganu dan menetap di Terengganu serta mengikuti Kelas Bimbingan Saudara Kita.
– Memeluk Islam di Terengganu dan menetap di Terengganu tetapi tidak mengikuti Kelas Bimbingan Saudara Kita.
– Memeluk Islam di luar Terengganu dan menetap di Terengganu tetapi tidak mengikuti Kelas Bimbingan Saudara Kita. - Saudara Kita Yang Tidak Layak:
– Memeluk Islam di Terengganu dan menetap di luar Terengganu.
– Memeluk Islam di luar Terengganu dan menetap di luar Terengganu.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan di bawah dan hantar ke pejabat daerah yang berhampiran:
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:
- Salinan Kad Memeluk Islam/Pengesahan memeluk Islam
- Salinan MyKad/Pasport/Visa pemohon
- Salinan Mykad Suami/Isteri
- Salinan MyKad/MyKid/Sijil Lahir anak-anak yang di bawah tanggungan
– Anak belum bersekolah
– Anak sekolah rendah
– Anak sekolah menengah
– Anak pengajian tinggi
– Anak orang kelainan upaya (OKU) - Salinan No. Akaun bank/muka depan buku bank (kecuali Tabung Haji dan ASB) (Sekiranya akaun bank bukan di atas nama sendiri, sila nyatakan hubungan dan sertakan salinan MyKad pemilik akaun tersebut (hanya waris sahaja yang layak).
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Bantuan Zakat Ramadhan Saudara Kita Terengganu 2023, sila layari laman web http://www.maidam.gov.my/.