Advertisements

Permohonan SMIS: Skim Mesra Insan Istimewa Selangor

Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas di Negeri Selangor adalah dialu-alukan memohon Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) di bawah Kerajaan Negeri Selangor.

Untuk makluman, SMIS merupakan skim yang tambah baik berbanding pemberian bantuan sebelumnya.

Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari menyatakan Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan peruntukan RM30.5 juta bagi pelaksanaan skim ini pada tahun 2023.

Sehingga 22 Disember 2022 sahaja, seramai 441,880 orang telah mendaftar skim ini membabitkan 417,003 warga emas dan 24,877 OKU.

Manfaat Yang Diterima

Penerima skim ini akan menerima manfaat seperti berikut:

  • Baucar Beli Belah bernilai RM150 setiap tahun
  • Khairat Kematian sebanyak RM500

Syarat Permohonan

Pemohon perlu memenuhi syarat permohonan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Tiada had umur.
  3. Pemegang Kad OKU JKM.
  4. Masih hidup atau meninggal dunia (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian).
  5. Sedang menetap di Negeri Selangor.
  6. Pemohon berusia 18 tahun ke atas mestilah pengundi di Selangor semasa pendaftaran dibuat.
  7. Pemohon berusia bawah 18 tahun, ibu/bapa/penjaga mestilah pengundi di Selangor semasa pendaftaran dibuat.

Cara Memohon

Permohonan perlu dilakukan dengan cara permohonan seperti berikut:

  1. Klik pautan laman web https://e-mesra.yawas.my/mesra/.
  2. Pergi ke ‘Permohonan’ dan klik ‘Muat Turun Borang.’
  3. Kemudian, muat turun borang SMIS.
  4. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  5. Sediakan dokumen sokongan.
  6. Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:

    Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
    Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
    Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu disediakan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan/Sijil Lahir/Mykid pemohon.
  2. Salinan Kad Pengenalan Pewaris
  3. Salinan Kad OKU dari JKM.
  4. Salinan semakan daftar Pemilih SPR (bagi pemohon berumur 18 tahun & ke atas).
  5. Salinan semakan daftar pemilih SPR ibu atau bapa (jika pemohon berumur bawah 18 tahun).
  6. Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika berkaitan).
  7. Sijil Kematian si mati (jika Berkaitan).

Info Lanjut

Info lanjut mengenai SMIS, layari laman web https://e-mesra.yawas.my/mesra/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.