Advertisements

myBSN: Cara Mendaftar Untuk Pengguna Kali Pertama

myBSN merupakan portal atau laman web bagi pengguna akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk menjalankan perkhidmatan transaksi internet banking melalui bank tersebut.

Ini adalah sama seperti bank-bank utama di dalam negara yang lain yang turut menyediakan perkhidmatan internet banking melalui portal yang dibangunkan oleh bank tersebut.

Kewujudan portal ini adalah bagi memudahkan pengguna BSN untuk melaksanakan transaksi secara atas talian pada bila-bila masa dan di mana-mana juga tanpa perlu berkunjung ke bank tersebut.

Mengenai myBSN

myBSN merupakan perkhidmatan portal internet banking yang ditawarkan kepada semua pengguna BSN termasuklah produk dan perkhidmatan yang ditawarkan di bank tersebut.

Terdapat pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan menerusi portal ini antaranya:

  • Menyemak baki akaun bank
  • Membuat pemindahan dana
  • Membayar bil
  • Mencetak penyata akaun bank
  • Membuat pembayaran kad kredit
  • Membuat pembelian SSP
  • Membuat pembelian no PIN
  • Tambah nilai telefon bimbit

Walau bagaimanapun, untuk menggunakan perkhidmatan ini, pengguna terlebih dahulu perlu mendaftar di dalam portal ini.

Cara Daftar Melalui Portal

Untuk mendaftar melalui portal, sila ikuti langkah-langkah berikut:

1. Layari laman web https://www.mybsn.com.my/.

2. Klik bahagian ‘Register.’

3. Tandakan pada bahagian ‘Accept’ dan klik butang ‘Next.’

4. Masukkan maklumat kad kredit atau debit yang diperlukan diikuti dengan maklumat no kad pengenalan.

5. Masukkan nama pengguna dan kata laluan.

6. Klik ‘Request OTP’.

7. Pengguna akan menerima nombor OTP yang dihantar ke telefon bimbit melalui SMS.

8. Masukkan 6 nombor yang telah diberikan.

9. Pilih 1 gambar yang mudah diingat bagi tujuan pengesahan.

10. Pendaftaran selesai.

Cara Daftar Melalui Telefon Bimbit

Pendaftaran juga boleh dilakukan melalui telefon bimbit iaitu:

1. Layari laman web https://www.mybsn.com.my/ atau muat turun aplikasi myBSN.

2. Klik bahagian ‘Register.’

3. Tandakan pada bahagian ‘Accept’ dan klik butang ‘Next.’

4. Isi maklumat yang diperlukan.

5. Masukkan nombor kad pengenalan.

6. Masukkan id dan kata laluan.

7. Klik ‘Request OTP’.

8. Pengguna akan menerima nombor OTP yang dihantar ke telefon bimbit melalui SMS.

9. Masukkan 6 nombor yang telah diberikan.

10. Pilih 1 gambar yang mudah diingat bagi tujuan pengesahan.

11. Pendaftaran selesai.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari portal https://www.mybsn.com.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.