Berikut dikongsikan senarai Menteri dan Timbalan Menteri di bawah pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai PM Malaysia ke-10.
Senarai Kabinet Kerajaan Perpaduan ini telah diumumkan oleh Anwar Ibrahim pada 2 Disember 2022 jam 8.15 malam.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong telah perkenan melantik Dato’ Sri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10 selepas Pakatan Harapan mendapat kerusi terbanyak pada PRU15 baru-baru ini.
lstiadat Mengangkat Sumpah Perdana Menteri ke-10 telah berlangsung pada jam 5 petang, 24 November 2022, di lstana Negara.
Senarai penuh Menteri / Timbalan Menteri akan diumumkan pada jam 8.15 malam 2 Disember 2022.
Senarai Ahli Jemaah Menteri / Timbalan Menteri 2022
Berikut senarai ahli jemaah Menteri / Timbalan Menteri terbaru bagi tahun 2022 yang diumumkan sebentar tadi.
1. Perdana Menteri & Menteri Kewangan: Dato’ Sri Anwar Ibrahim
Timbalan Menteri Kewangan: Ahmad Maslan
Timbalan Menteri Kewangan: Steven Sim Chee Keong
2. Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kemajuan Desa & Wilayah: Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Rubiah Wang
3. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi: Fadillah Yusof
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi: Siti Aminah Aching
4. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Liew Chin Tong
5. Menteri Ekonomi: Rafizi Ramli
Timbalan Menteri Ekonomi: Hanifah Hajar Taib
6. Menteri Dalam Negeri: Saifuddin Nasution Ismail
Timbalan Menteri Dalam Negeri: Shamsul Anuar Nasarah
7. Menteri Pertahanan: Mohammad Hassan
Timbalan Menteri Pertahanan: Adly Zahari
8. Menteri Pendidikan: Fadhlina Sidek
Timbalan Menteri Pendidikan: Lim Hui Ying
9. Menteri Kesihatan: Dr Zaliha Mustafa
Timbalan Menteri Kesihatan: Lukanisman Awang Sauni
10. Menteri Kerja Raya: Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri Kerja Raya: Abdul Rahman Mohamad
11. Menteri Komunikasi dan Digital: Fahmi Fadzil
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital: Teo Nie Ching
12. Menteri Sains & Teknologi: Chang Lih Kang
Timbalan Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi: Arthur Joseph Kurup
13. Menteri Pendidikan Tinggi: Mohd Khaled Nordin
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi: Yusof Apdal
14. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat: Nancy Shukri
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat: Aiman Athirah Sabu
15. Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup: Salahuddin Ayub
Timbalan Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup: Fuziah Salleh
16. Menteri Luar Negeri: Zambry Abd Kadir
Timbalan Menteri Luar Negeri: Mohamad Alamin
17. Menteri Pelancongan: Tiong King Sing
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya: Khairul Firdaus Akbar Khan
18. Menteri Undang-undang & Reformasi Institusi: Azalina Othman
Timbalan Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi: Ramkarpal Singh
19. Menteri Perpaduan Negara: Ago Dagang
20. Menteri Agama: Dr Naim Mokhtar
21. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Sarawak): Armizan Mohamad Ali
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Sarawak): Armizan Mohamad Ali
22. Menteri Belia dan Sukan: Hannah Yeoh
Timbalan Menteri Belia dan Sukan: Adam Adli Abdul Halim
23. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Ewon Benedick
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Saraswathy Kandasamy
24. Menteri Sumber Manusia: V Sivakumar
Timbalan Menteri Sumber Manusia: Mustafa @ Mohd Yunus Sakmud
25. Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming
Timbalan Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan: Akmal Nasir
26. Menteri Pengangkutan: Anthony Loke
Timbalan Menteri Pengangkutan: Hasbi Habibollah
27. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan: Mohamad Sabu
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan: Chan Foong Hin
28. Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim: Nik Nazmi Nik Ahmad
Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim: Huang Tiong Si