Advertisements

SMPK KPM: Sistem Maklumat PraSekolah Kebangsaan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membangunkan Sistem Maklumat PraSekolah Kebangsaan (SMPK) bagi mengumpul data institusi dan murid prasekolah di seluruh negara.

Maklumat dan data yang diperoleh ini akan membantu pihak KPM memantau dan menilai pendidikan prasekolah di seluruh negara.

Tujuan utama SMPK diwujudkan oleh KPM adalah disebabkan:

  • Tiadanya sistem maklumat yang bersepadu dan tepat.
  • Menggantikan kaedah kutipan data secara manual.
  • Mewujudkan kepelbagaian format kutipan data dan maklumat.
  • Bagi mengelakkan ketidakseragaman format kutipan data dan maklumat.

Pelaksanaan PraSekolah Di Malaysia

Pelaksanaan pendidikan PraSekolah di Malaysia mula dilaksanakan setelah mendapat kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Disember 1991 lagi.

Kemudiannya, Program Pendidikan PraSekolah ini dilancarkan pada tahun 1992 melibatkan sasaran melibatkan 1070 buah sekolah dengan 1131 buah kelas.

Pelaksanaan program ini kemudiannya diperluaskan di seluruh negara secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2002 dan sehingga kini pelaksanaan prasekolah di seluruh negara melibatkan 6,185 buat sekolah melibatkan 9,506 buah kelas dan 207,227 murid.

Objektif Pelaksanaan SMPK

Sebanyak 3 objektif utama pelaksanaan SMPK iaitu:

  • Bagi membangunkan sistem maklumat yang bersepadu di peringkat kebangsaan.
  • Bagi memastikan capaian data di semua peringkat secara berpusat dengan cepat dan tepat.
  • Bagi memantapkan pengurusan dan penyelarasan maklumat pada semua peringkat pelaksana.

Pengguna SMPK

4 pengguna yang boleh menggunakan sistem ini iaitu:

  • Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
  • Jabaran Pelajaran Negeri (JPN)
  • Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
  • Institusi (contoh: sekolah)

Cara Kemas Kini SMPK

Untuk mengemaskini maklumat di SMPK, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari pautan SMPK iaitu https://smpk.moe.gov.my/.

2. Masukkan ID dan kata laluan yang diberikan.

3. Kemudian, klik ‘Institusi’ untuk semakan dan kemaskini maklumat institusi.

4. Semak semua maklumat serta klik butang ‘Kemaskini’ untuk pengesahan.

5. Bagi kemaskini kelas, klik pada menu ‘Senarai Kelas.’

6. Kemudian, klik pada medan yang ingin dikemaskini.

7. Klik pada ‘Kemaskini Maklumat Kelas’ untuk menyemak maklumat kelas.

8. Semak maklumat kelas dan sekiranya ada perubahan buat pindaan, dan klik butang ‘Simpan.’

9. Para guru boleh mengemaskini maklumat murid di dalam kelas tersebut.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai SMPK, sila layari laman web https://www.moe.gov.my/pendidikan/pendidikan-prasekolah/sistem-maklumat-prasekolah-kebangsaan.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.