Advertisements

Permohonan Bantuan Banjir Koperasi Tentera

Ahli Koperasi Tentera yang terlibat dalam banjir boleh membuat permohonan Bantuan Banjir Koperasi Tentera.

Koperasi Tentera merupakan sebuah koperasi yang ditubuhkan pada tahun 1960 dan berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Koperasi ini ditubuhkan dengan tujuan untuk mengambil kira kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan misi utama untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi ahli di bawahnya.

Menariknya, koperasi ini tidak hanya menawarkan keahlian kepada anggota ATM sahaja, tetapi juga kepada kakitangan awam yang berkhidmat di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia dan pesara ATM.

Mengenai Bantuan Banjir

Bantuan Banjir adalah sumbangan yang diberikan kepada anggota-anggota Koperasi Tentera yang ditimpa musibah banjir bagi tujuan untuk membantu meringankan beban yang ditanggung oleh anggota.

Ini selepas beberapa negeri di dalam negara terlibat dalam bencana banjir dan bantuan khas diharap mampu meringankan beban anggota yang terjejas akibat banjir di seluruh negara.

Cara Untuk Memohon

Permohonan bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan https://bit.ly/3WtxOpQ.
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  3. Pastikan semua maklumat diisi.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  5. Hantar borang permohonan dan semua dokumen ke cawangan Koperasi Tentera yang berhampiran.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. MyTentera (Anggota ATM)
  2. MyKad (Awam/Pesara)
  3. Laporan polis terkini/ borang Pusat Pemindahan Sementara (PPS)
  4. Surat pengesahan akaun bank

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Bantuan Banjir Koperasi Tentera, sila hubungi talian 03-2303 0000 atau melayari laman web https://www.katmb.com.my.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.