Advertisements

Permohonan SBBS 2021: Skim Bakti Bantuan Persekolahan Koperasi Tentera

Anggota Koperasi Tentera (KT) yang mempunyai anak yang masih bersekolah kini boleh membuat permohonan menerusi Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan (SBBS) 2021 yang diwujudkan oleh KT.

Untuk makluman, SBBS adalah merupakan skim kebajikan yang diberikan kepada anggota KT untuk meringankan perbelanjaan bagi persiapan pembelajaran anak-anak yang akan memasuki sesi baru persekolahan.

SBBS 2021 ini akan melibantkan bantuan kepada anak-anak anggota KT sama ada mereka berada di sekolah rendah atau sekolah menengah.

Permohonan SBBS 2021 dibuka mulai 3 Ogos 2021 iaitu hari Selasa dan akan ditutup pada 10 September 2021 iaitu hari Jumaat.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi permohonan SBBS 2021 yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada anggota KT sahaja.
  2. Pemohon telah menjadi anggota KT selama 4 tahun dan ke atas.
  3. Pemohon tidak menamatkan keanggotaan KT dalam tempoh permohonan.
  4. Bagi permohonan suami dan isteri anggota KT, hanya satu permohonan sahaja yang layak diterima.
  5. Gaji pokok/pencen bawah pemohon adalah RM5,000.
  6. Permohonan terhad kepada minimum 3 orang anak yang bersekolah rendah/menengah sahaja.

Cara Memohon

Anggota KT yang ingin membuat permohonan boleh mengikuti cara-cara membuat permohonan seperti berikut:

  1. Muat turun borang permohonan melalui pautan berikut https://bit.ly/3ifHD9D.
  2. Isi borang dengan lengkap dan betul.
  3. Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
  4. Hantar borang permohonan bersama dokumen sokongan ke cawangan KT yang berhampiran atau terus ke ibu pejabat KT yang beralamat di:

    Koperasi Tentera,
    Wisma Koperasi Tentera,
    No.1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat,
    53000 Kuala Lumpur.
    (Untuk Perhatian: Projek Khas Keanggotaan)

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu disertakan bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

i) Pemohon (Anggota KT)

  1. Salinan MyTentera (Anggota ATM)
  2. Salinan MyKad (Awam/Pesara)
  3. Salinan Penyata Gaji Terkini (Awam/Anggota ATM)
  4. Salinan Penyata Pencen/Bank Terkini (Pesara)/Surat Pengesahan Pendapatan bagi Bekerja Sendiri
  5. Salinan Surat Pengesahan Akaun Bank Anggota

ii) Anak (pelajar sekolah rendah/menengah sahaja)

  1. Salinan MyKad/MyKid/Surat Beranak (mengikut bilangan anak yang bersekolah rendah/menengah sahaja).
  2. Dokumen Tambahan Seperti PERBAH II/Surat Perakuan atau lain-lain dokumen yang berkaitan bagi mengesahkan status anak angkat/anak tiri.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan mengenai SBBS 2021, sila hubungi KT di talian 1-300-8000-58 atau mengunjungi cawangan KT berhampiran.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.