angkatan tentera malaysia

Permohonan Online Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia 2019

Kepada anda yang berminat untuk menjadi pegawai tentera, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini membuka permohonan online pegawai kadet 2019.

Permohonan ini terbuka kepada semua yang berkelayakan yang ingin berkhidmat sebagai Pegawai Tentera Darat (TDM), Tentera Laut (TLDM) dan Tentera Udara (TUDM).

Calon yang berjaya akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Lepasan Ijazah untuk menjalani latihan Pegawai Kadet di Akademi Tentera Darat, Kapal DiRaja Sultan Idris I dan Kolej Tentera Udara.

Baca juga: Permohonan Konstabel Polis Kini Dibuka

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan permohonan pegawai kadet ATM 2019. Antaranya:

  • Warganegara Malaysia.
  • Jantina Lelaki dan Wanita.
  • Umur Tidak melebihi 27 tahun pada 31 Disember 2018.

Calon-calon mestilah lulus pemeriksaan kesihatan dan pergigian yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM.

Calon juga mestilah mempunyai tahap penglihatan yang baik tanpa kaca mata dan kanta lengkap.

Selain itu, calon juga hendaklah memenuhi kriteria fizikal seperti berikut:

  • Tinggi Minimum; Lelaki (1.62m) Wanita (1.57m)
  • Berat Minimum; Lelaki (47.5kg) Wanita (45kg)
  • Beza Ukuran Dada; Lelaki (5cm) Wanita (4cm)
  • Body Mass Index (BMI); 18 hingga 26

Kelayakan Akademik

Kelulusan Asas

  • Lulus SPM/SVM atau kelayakan setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik.

Kelulusan Pengajian Tinggi

  • Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan memperolehi keputusan Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 2.70 ke atas.

Senarai jurusan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Kejuruteraan

  • Mekatronik
  • Nuklear
  • Kimia
  • Pembuatan
  • ElektronikIndustri
  • Automotif

Senibina

  • Sains Ukur & Geomatik
  • Sains Senibina
  • Ukur Bahan
  • Ukur Bangunan
  • Geospatial

Teknologi Maklumat / Komputer

  • Sains Matematik
  • Sains Komunikasi
  • Sains Fizik
  • Keselamatan Siber
  • Grafik & Multimedia

Perhotelan & Katering

  • Pengurusan
  • Perkhidmatan Pemakanan
  • Sains Makanan
  • Teknologi Makanan
  • Pengurusan Makanan

Kewangan / Perakaunan

  • Kewangan & Pentabiran
  • Perakaunan

Pengurusan

  • Pengangkutan & Logistik
  • Sains Sukan
  • Pengurusan Projek

Pendidikan

  • TESL
  • TESOL

Pengajian Islam

  • Tahfiz Al-Quran & Qirat
  • Pengajian Islam & Bahasa Arab
  • Al-Quran & As-Sunnah
  • Ilmu Wahyu & Tamadun Islam
  • Pengajian Islam & Dakwah
  • Syariah & Perundangan Islam

Lain-Lain

  • Undang-Undang
  • Sains Sosial (Kajian Jenayah)
  • Teknologi Percetakan/ Tekstil
  • Sains Gunaan (Fizik Gunaan)
  • Sains Statistik
  • Psikologi & Kaunseling
  • Remote Sensing
  • Seni Muzik

Pelajar lepasan IPTA dalam / luar negara perlu mendapatkan pengesahan pengiktirafan akreditasi daripada Malaysian Qualification Agency (MQA) melalui laman sesawang JPA di www.jpa.gov.my manakala bagi calon kejuruteraan, kelulusan calon mestilah diiktiraf oleh Majlis Akreditasi Kejuruteraan (EAC).

Calon yang layak akan dipanggil menjalani pemilihan di pusat-pusat pemilihan yang akan dimaklumkan kelak.

Calon-calon akan disaring dan diuji melalui proses pemilihan berdasarkan Penilaian Lembaga Pemilihan seperti yang telah ditetapkan oleh ATM. Keputusan pemilihan dan temuduga adalah muktamad.

Cara Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat melalui pautan pengambilan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah bagi
tahun 2019 di laman sesawang Portal ATM www.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA

Calon juga dikehendaki memajukan resume dan salinan dokumen peribadi seperti kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil SPM, transkrip ijazah, gambar ukuran pasport, nombor telefon dan email ke [email protected]

Tarikh tutup permohonan pada 31 Disember 2018

Untuk maklumat lanjut anda boleh download file PDF di sini.