Advertisements

e-Maklum JANM : Login, Pendaftaran & Semakan Bayaran JKM

E-Maklum merupakan sistem yang dibangunkan kerajaan, di bawah seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), untuk menghantar notifikasi berkenaan status invois dan bayaran kepada penerima bayaran iaitu kategori pembekal dan individu (termasuk penjawat awam).

Semakan notifikasi pembayaran e-maklum

Sebagai pengguna eMaklum, anda boleh memilih untuk mendapatkan notifikasi perubahan status dokumen anda melalui salah satu cara berikut:

  1. Emel: Notifikasi emel secara automatik bagi setiap perubahan status dokumen iGFMAS anda.
  2. SMS: Notifikasi SMS secara automatik bagi setiap perubahan status dokumen iGFMAS anda.
  3. Cetakan: Notifikasi surat bercetak menerusi kiriman pos bagi setiap perubahan status dokumen iGFMAS anda.

*Nota: Maklumat notifikasi Dokumen Bayaran hanya disimpan oleh JANM untuk tempoh 18 bulan terkini sahaja, dan maklumat akan dikeluarkan secara automatik selepas daripada tempoh tersebut.

Adalah menjadi tanggungjawab tuan/puan untuk memuat turun maklumat tersebut untuk kegunaan pada masa hadapan.

Apakah status notifikasi bagi bayaran?

Semestinya setelah menekan butang semak, sistem e-maklum akan memaparkan status bayaran, di bawah merupakan status notifisikasi yang bakal diterima pengguna mengikut situasi yang dihadapi:

  • Dihantar ke Bank = Maklumat bayaran EFT telah dihantar ke bank.
  • Diterima oleh Bank = Maklumat bayaran EFT telah berjaya diterima oleh bank dan proses bayaran mengambil masa selewat-lewatnya 3 hari waktu bekerja.
  • Gagal diproses Bank = Maklumat bayaran EFT gagal diproses
  • Dikeluarkan = status bayaran bagi non-EFT iaitu cek/draf bank/pindahan wang (Telegraphic Transfer)
  • Dibatalkan= Maklumat invois dibatalkan.

Jika status bayaran adalah berjaya, penerima elaun digalakkan untuk memuat turun perincian bayaran pada butiran cetak untuk rujukan dan rekod simpanan peribadi.

Bagaimanakah untuk menggunakan e-maklum?

E-maklum ini merupakan salah satu aplikasi kerajaan yang tidak memerlukan sebarang pendaftaran.

Pengguna hanya perlu melakukan perkara dibawah:

  • Pengguna perlu memuat turun aplikasi e-maklum atau boleh pergi terus ke laman web e-maklum
  • Isi No. Kad Pengenalan jika anda mewakili Individu atau No. Daftar Syarikat/Organisasi jika anda mewakili pihak Pembekal.
  • Isi No. Akaun Bank/No. Rujukan Bayaran/No. Invois di medan kedua.
  • Seterusnya pengguna boleh memilih carian berdasarkan tiga perkara ini:
    • No. Akaun Bank
    • No. Rujukan Bayaran
    • No. Invois
  • Akhir sekali anda boleh meletakkan tarikh invois yang diberikan pembekal.

Nota: Penggunaan no. Invois hanya terpakai kepada pembekal sahaja utuk tujuan semakan/carian selain bayaran melalui Electroci Fund Transfer (EFT) iaitu bayaran melalui cek/draf bank/pindahan wang.

Anda juga boleh menekan butang “Sebelum 10/7/2021” bagi mendapatkan dokumen sebelum tarikh tersebut atau “10/7/21 dan selepas” bagi dokumen selepas tarik tersebut.

e-maklum

Cara semak bayaran bulanan JKM menggunakan e-maklum

Selain menyediakan perkhidamatan menghantar notifikasi berkenaan status invois dan bayaran kepada penerima bayaran bagi kategori pembekal dan individu, e-maklum juga boleh digunakan untuk menyemak bayaran yang yang diperoleh pengguna daripada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bantuan JKM ini diberikan kepada kumpulan sasaran yang layak. Bagi pemohon yang layak, bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun individu pada setiap bulan.

Semakan bayaran tersebut boleh dibuat melalui sistem ini.

Artikel berkaitan: MyDaftar OKU JKM: Pendaftaran OKU Secara Online

Langkah-langkah untuk membuat semakan bayaran bulanan bantuan JKM di dalam sistem eMaklum adalah seperti berikut:

  • Penerima elaun hendaklah melayari laman web eMaklum secara atas talian atau melalui aplikasi eMaklum yang boleh dimuat turun melalui telefon bimbit sendiri.
  • Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan anda.
  • Kemudian, masukkan nombor bank akaun yang menerima bantuan JKM.
  • Selepas itu, pilih tarikh semakan mengikut tarikh yang anda inginkan, sebagai contoh 01/01/2023 sehingga 31/01/2023.
  • Akhir sekali, tekan pada butang “Semak” untuk melihat status bayaran.

Maklumat Lanjut

Jika terdapat sebarang aduan atau pertanyaan anda boleh ajukan di Sistem Pengurusan Aduan Awam JANM atau di alamat:

Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Kompleks Kementerian Kewangan
No. 1, Persiaran Perdana
Presint 2,
62594 Putrajaya

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.