Advertisements

Spotify Malaysia (Cara Daftar, Pelan & Harga Langganan Terkini)

Spotify merupakan antara aplikasi penstriman muzik terbesar di dunia, ia merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna mendengar muzik dan podcast pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. 

Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana untuk menikmati servis yang ditawarkan oleh Spotify Malaysia dan bagaimana cara penggunaannya, ikuti artikel ini sehingga ke penghujungnya. 

Bagaimana untuk menggunakan Spotify?

Pertama sekali anda perlu memastikan yang anda mempunyai aplikasi spotify di gadget pilihan anda. Anda boleh memilih untuk menggunakan komputer, tablet, telefon bimbit atau sebarang gadget yang mempunyai sambungan internet atau wifi.

Untuk memuat turun aplikasi spotify ini, adalah boleh terus ke pautan yang diberikan di bawah mengikut peranti pilihan anda:

Cara Daftar Spotify Malaysia

Bagi pengguna kali pertama, berikut adalah merupakan cara daftar akaun spotify:

  • Buka aplikasi spotify atau layari website spotify
  • Anda boleh memilih untuk mendaftar menggunakan akaun Gmail, Facebook atau melalui alamat emel.
  • Setelah mendaftar menggunakan alamat emel atau melalui pautan ke akaun Gmail atau Facebook, anda sudah boleh menggunakan aplikasi ini.
Spotify Malaysia Muzik

Pelan dan Harga Langganan Spotify Malaysia

Penggunaan Spotify ini boleh dilakukan tanpa melakukan sebarang pembayaran. Anda hanya perlu mendaftar akaun dan anda boleh terus menggunakannya. Namun begitu, penggunaan akaun Spotify secara percuma terdapat beberapa kekurangan yang tidak dimiliki pengguna premium.

Sekiranya anda ingin menambahbaik akaun Spotify anda, anda perlu menekan butang “upgrade to premium” dan memilih pelan yang bersesuaian dengan kehendak anda.

Berikut merupakan harga bagi setiap pakej yang disediakan oleh spotify Malaysia :

  1. Individual (Perseorangan)
    • RM15.90 sebulan
    • Tiada iklan
    • Boleh guna untuk 1 akaun premium sahaja
  2. Duo
    • RM21.50 sebulan
    • Tiada iklan
    • Boleh guna untuk 2 akaun premium sahaja.
  3. Family (Keluarga)
    • RM24.90 sebulan
    • Tiada iklan
    • Boleh guna untuk 6 akaun premium sahaja.
  4. Pelajar
    • RM 8.50 Sebulan
    • Tiada iklan
    • Boleh guna untuk 1 akaun premium sahaja
  5. Mini
    • RM 0.75 Sehari
    • RM 2.90 Seminggu
    • Hanya untuk pengguna telefon bimbit sahaja.
    • Tiada iklan
    • Boleh memuat turun 30 lagu sahaja dalam 1 peranti.
spotify malaysia
Sumber: Spotify

Maklumat Lanjut.

Untuk mendapatkan maklumat tambahan atau ada sebarang pertanyaan berkenaan Spotify Malaysia boleh terus ke laman web spotify atau menekan butang ‘Sokongan’/’Support’ menerusi aplikasi tersebut.

Baca juga:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.