Bagi orang rami yang ingin menggunakan perkhidmatan LRT di Kuala Lumpur, mereka perlu mengetahui LRT route atau laluan LRT untuk memastikan mereka sampai ke destinasi yang dituju.
Operasi LRT di Kuala Lumpur dikendalikan oleh Rapid Rail Sdn Bhd, yang bertanggungjawab untuk menyelia laluan rel bandar Laluan Ampang, Laluan Sri Petaling, dan Laluan Kelana Jaya.
Rangkaian gabungan LRT Ampang Line dan LRT Sri Petaling Line merangkumi sepanjang 45.1 km dengan 36 stesen.
Manakala LRT Laluan Kelana Jaya pula berkapasiti sederhana yang mempunyai 37 stesen dengan panjang 46.4 km trek yang dipisahkan gred kebanyakannya berjalan di laluan bawah tanah dan laluan bertingkat.
Kekerapan Tren
Kekerapan tren pada setiap hari bagi laluan Kelana Jaya adalah seperti berikut:
i) Isnin hingga Jumaat
Masa | Kekerapan |
06:00 pagi – 07:00 pagi | 5 minit |
07:00 pagi – 09:00 pagi | 5 minit |
09:00 pagi – 05:00 petang | 7 minit |
05:00 petang – 07:00 malam | 5 minit |
07:00 malam – 12:00 tengah malam | 7 minit |
ii) Sabtu, Ahad, dan Cuti Umum
Masa | Kekerapan |
06:00 pagi – 12:00 tengah malam | 7 minit |
Untuk laluan Ampang dan laluan Sri Petaling pula, kekerapan tren adalah seperti berikut:
i) Isnin hingga Jumaat
Masa | Kekerapan |
06:00 pagi – 07:00 pagi | 3 minit/6 minit (Bukan laluan Pusat Perniagaan) |
07:00 pagi – 09:00 pagi | 3 minit/6 minit (Bukan laluan Pusat Perniagaan) |
09:00 pagi – 05:00 petang | 5 minit/10 minit (Bukan laluan Pusat Perniagaan) |
05:00 petang – 07:00 malam | 3 minit/6 minit (Bukan laluan Pusat Perniagaan) |
07:00 malam – 12:00 tengah malam | 5 minit/10 minit (Bukan laluan Pusat Perniagaan) |
ii) Sabtu, Ahad, dan Cuti Umum
Masa | Kekerapan |
06:00 pagi – 12:00 tengah malam | 5 minit/10 minit (Bukan laluan Pusat Perniagaan) |
Peta Laluan & Senarai Stesen
Peta laluan LRT di Kuala Lumpur adalah seperti berikut:
Senarai stesen LRT pula adalah seperti dalam gambar di bawah:
i) Laluan Kelana Jaya
ii) Laluan Ampang
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai LRT Route ini, sila layari laman web https://myrapid.com.my/bus-train/rapid-kl/lrt/.