Bagi peminat Harimau Malaya yang tidak dapat ke stadium bagi menyaksikan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022, anda boleh menonton siaran langsung menjelang perlawanan separuh akhir kedua Malaysia vs Thailand pada 10 Januari 2023.
Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 ialah pertandingan bola sepak dwitahunan yang dianjurkan oleh Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF).
Kejohanan ini kali pertama dianjurkan pada tahun 1996 yang disertai oleh pasukan ‘A’ kebangsaan daripada Asia Tenggara.
Piala AFF 2022
Bagi tahun 2022, format pertandingan adalah 10 pasukan yang layak akan dipecahkan kepada 2 kumpulan berlima dan bermain sistem round robin, dengan setiap pasukan bermain empat perlawanan.
2 pasukan teratas setiap kumpulan akan bermain pusingan kalah mati, dengan separuh akhir dan perlawanan akhir dimainkan dalam format 2 perlawanan.
Pasukan yang menyertai kejohanan ini pada tahun ini adalah seperti berikut:
i) Kumpulan A
- Thailand
- Indonesia
- Kemboja
- Filipina
- Brunei
ii) Kumpulan B
- Malaysia
- Vietnam
- Singapura
- Myanmar
- Laos
Perlawanan Separuh Akhir
Perlanawan separuh akhir melibatkan Malaysia melawan Thailand akan diadakan pada hari dan tarikh seperti berikut:
Live Streaming
Untuk menonton perlawanan Malaysia bertemu Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, orang ramai boleh menonton live streaming menerusi pautan:
https://rtmklik.rtm.gov.my/live/tv2
Live streaming ini akan berlangsung pada 8.45 malam pada hari Selasa, 10 Januari 2023 di TV2.
Tayangan Skrin Gergasi
Selain itu, pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga menyediakan tayangan skrin gergasi di 25 lokasi di seluruh negara.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai Piala AFF Mitsubishi Electric 2022, sila layari laman web https://www.affmitsubishielectriccup.com/.