Advertisements

Permohonan Bantuan Raja Sehari Orang Muda Johor RM1,000

Advertisements

Bagi orang muda Negeri Johor beragama Islam yang telah dan akan melangsungkan perkahwinan, Kerajaan Negeri Johor telah mengumumkan bantuan khas kepada orang muda di Negeri Johor yang telah atau akan melangsungkan perkahwinan kali pertama menerusi Bantuan Raja Sehari Orang Muda Johor.

Bantuan Raja Sehari Orang Muda Johor merupakan salah satu inisiatif di dalam Bantuan Kasih Bangsa Johor yang diumumkan Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi pada April yang lalu.

Menerusi bantuan ini, Kerajaan Negeri Johor akan menyalurkan bantuan sebanyak RM1,000 bagi orang muda Negeri Johor yang kali pertama berkahwin (Islam) yang berpendapatan RM5,000 ke bawah.

Permohonan bantuan ini dibuka mulai 1 Jun 2022 hingga 31 Disember 2022 menerusi borang permohonan yang disediakan.

Syarat Permohonan

Orang muda yang ingin mendapat bantuan ini perlu memenusi syarat permohonan berikut:

  1. Orang Muda Johor berumur 40 tahun ke bawah.
  2. Bermastautin dalam negeri Johor melebihi 3 tahun
  3. Perkahwinan kali pertama sahaja dan didaftarkan di Negeri
    Johor dari tarikh 14 April hingga 31 Disember 2022.
  4. Pendapatan suami dan isteri berjumlah RM5,000.00 ke bawah
  5. Permohonan dibuat bermula pada 1 Jun 2022 hingga 31 Disember 2022 sahaja.
  6. Pemohon (suami atau isteri) hendaklah hadir sendiri
    menghantar permohonan di kaunter Pejabat Kadi Daerah.
  7. Satu pasangan layak memohon sekali sahaja bantuan ini.

Cara Memohon

Permohonan bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan https://rb.gy/ujq2w5.
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar kedua-dua dokumen tersebut ke Pejabat Kadi Daerah yang berdekatan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Salinan Kad Pengenalan (Lelaki dan Perempuan).
  2. Salinan buku bank/penyata bank (Lelaki dan perempuan);
  3. Salinan surat perakuan nikah (Sijil Nikah). Jika surat perakuan
    nikah hilang, pemohon perlu mendapatkan salinan asal dari
    Pejabat Kadi Daerah/Pejabat Agama Islam Daerah.
  4. Surat Akuan Mastautin daripada Penghulu/Ketua Kampung.
  5. Slip gaji suami dan isteri atau pengesahan pendapatan dari
    ketua kampung atau penghulu.

Proses Pembayaran

Setelah permohonan berjaya, pembayaran akan dikreditkan kepada akaun suami atau isteri atau mana-mana yang layak.

Adalah diingatkan, hanya satu pasangan layak untuk menerima sekali sahaja bantuan ini.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Raja Sehari Orang Muda Johor, sila hubungi Jabatan Agama Islam Negeri Johor di talian 07-2076330/31/32.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.