Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuka permohonan jawatan kosong sebanyak 4,914 kekosongan secara tetap.
Jawatan kosong yang ditawarkan ini merangkumi 4,263 perjawatan bagi pegawai perubatan, 335 pegawai pergigian dan 316 pegawai farmasi.
Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan menerusi laman web SPA mulai 6 Januari 2023 sehingga 21 Januari 2023.
Jawatan Yang Ditawarkan
Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Pegawai Perubatan Gred UD43
- Pegawai Pergigian Gred UG41
- Pegawai Farmasi Gred UF41
Syarat Lantikan
Syarat lantikan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Memiliki ijazah dalam ilmu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (bagi jawatan Pegawai Perubatan/Majlis Pergigian Malaysia (bagi jawatan Pegawai Pergigian)/Lembaga Farmasi Malaysia (bagi jawatan Pegawai Farmasi); atau
- Calon yang dilantik di bawah seksyen 12(1)(a)(ii) Akta Perubatan 1971 dan telah memenuhi Peraturan-peraturan Perubatan seperti perenggan 12(1)(aa) serta telah berdaftar sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia (bagi jawatan Pegawai Perubatan Gred UD43 sahaja).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Bagi lantikan Pegawai Perubatan Gred UD43, syarat kelayakan Bahasa Melayu adalah seperti berikut:
- Calon bagi lantikan hendaklah Lulus dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Bagi lantikan Pegawai Pergigian Gred UG41 dan Pegawai Farmasi Gred UF41 pula, syarat kelayakan Bahasa Melayu adalah seperti berikut:
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Khusus Lantikan Kontrak
Syarat khusus bagi lantikan kontrak adalah seperti berikut:
- Calon telah dilantik kontrak (Contract of Service) di KKM berdasarkan Surat Pekeliling Ketua Setiausaha KKM Bilangan 4 Tahun 2016.
- Calon telah menamatkan khidmat wajib di KKM.
- Calon telah menamatkan latihan siswazah di dalam atau di luar negara (bagi jawatan Pegawai Perubatan sahaja).
- Calon merupakan lantikan kontrak mulai tahun 2018 hingga 2020 sahaja; atau
- Calon merupakan lantikan kontrak mulai tahun 2016 hingga 2019 (bagi jawatan Pegawai Perubatan sahaja).
- Calon tidak pernah meletak jawatan, tidak pernah ditamatkan perkhidmatan, tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib dan tiada perakuan penamatan kontrak (kecuali atas sebab masalah kesihatan) sepanjang ternpoh kontrak.
- Calon tidak pernah menolak tawaran pelantikan tetap.
- Calon masih berkhidmat di KKM sehingga tarikh pegawai diarahkan melapor diri sebagai lantikan tetap.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://spa9.spa.gov.my/login.
- Jika pemohon adalah pengguna kali pertama, sila klik ‘Pendaftaran Pengguna.’
- Isi semua maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Isi semua maklumat yang diperlukan:
– Maklumat Peribadi
– Maklumat Kelayakan Akademik
– Maklumat Perkhidmatan
– Maklumat Bekas Tentera
– Maklumat Bukan Akademik - Klik pada menu ‘Jawatan Dimohon’ dan isi semua maklumat yang diperlukan.
- Buat perakuan pemohon.
- Klik butang ‘Hantar.’
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, layari laman web SPA iaitu https://spa.gov.my/.