Advertisements

Permohonan UPU Online Sesi 2023/2024

Bagi adik-adik lepas SPM atau STPM yang sedang menunggu peluang menyambung pelajaran, ini adalah masanya untuk anda melakukan permohonan UPU ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) atau Kolej Komuniti pilihan anda, kerana permohonan UPU online sesi 2023/2024 telah pun dibuka.

Bila Permohonan UPU Online sesi 2023/2024 ini bermula?

Permohonan UPU Online bagi tahun 2023 ini akan dibuka pada dua fasa iaitu fasa pertama pada 7 Februari 2023, pada hari selasa ini dan fasa kedua pada 15 Mei 2023.

Tarikh penting permohonan UPU online 2023
Sumber: Kemasukan BPKP JPT – FB rasmi UPU

Siapakah yang layak untuk melakukan permohonan UPU Online ini?

Pelajar yang layak melakukan permohonan online bagi menyambung pelajaran di pusat pendidikan awam adalah:

  • Bagi lepasan SPM dan setaraf terdapat dua kategori iaitu:
    • Kategori A
      • Lepasan SPM pada tahun 2022 (Tahun semasa)
    • Kategori B
      • Lepasan SPM pada tahun 2020 dan 2021 (Bukan tahun semasa).

Namun begitu, bagi pelajar lepasan SPM dan setaraf, hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak untuk melakukan permohonan.

  • Lepasan STPM dan setaraf (Matrikulasi, Asasi, STAM 2021&2022, Diploma Setaraf)

Berbeza dengan lepasan SPM, bagi lepasan STPM dan setaraf ia terbuka kepada pelajar warganegara Malaysia, pemastautin tetap dan pemastautin sementara yang mempunyai kad pengenalan.

Pelajar yang bukan warga Malaysia (Pemegang MyPR dan MyKAS), permohonannya akan diproses tertakluk kepada syarat-syarat kemasukan kategori bukan warganegara.

Panduan Permohonan UPU Online 2023/2024.

Di bawah merupakan panduan permohonan UPU online bagi tahun 2023:

  1. Layari Portal Rasmi UPU
  2. Pastikan kategori anda adalah betul.
  3. Semak syarat kelayakan di e-panduan
  4. Kira Merit anda disini
  5. Semak tren permohonan dan penawaran
  6. Semak laluan kerjaya.
  7. Isi permohonan UPU online.
  8. Pastikan mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.
  9. Pilih pilihan program mengikut keutamaan.
  10. Lengkapkan borang permohonan.
  11. Klik butang “SIMPAN”.
  12. Cetak slip permohonan.
  13. Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  14. Semakan dan kemaskini permohonan boleh dilakukan tanpa had.

Panduan memilih program pengajian

Bagi pelajar yang baru kali pertama ingin melakukan permohonan pastikan anda melakukan pemilihan program seperti panduan yang telah diberikan, bagi memastikan pemilihan program atau bidang adalah tepat dan bersesuaian dengan anda.

  • Melepasi syarat am dan syarat khas program institusi atau agensi.
  • Memilih program yang diminati.
  • Pilihan program mengikut keutamaan.
  • Rujuk kaunselor.
  • Pelbagai pilihan bidang dan institusi atau agensi.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat tambahan boleh lihat pada slaid di bawah atau terus ke portal rasmi UPU di https://upu.mohe.gov.my/.

Anda juga boleh ke laman rasmi UPU yang lain bagi mendapatkan maklumat tambahan:

Maklum balas/aduan/pertanyaan yang lain boleh diajukan disini.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.