Advertisements

Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap 2023

Selari dengan konsep Malaysia Madani, kerajaan Malaysia pada 2 Februari yang lepas telah mengumumkan tentang Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap 2023.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, inisiatif mewujudkan pakej ini dilakukan bagi menjaga kebajikan rakyat, meringankan beban mereka dan dalam masa yang sama memastikan kesalinghubungan digital yang lebih menyeluruh dengan harga yang lebih rendah seiring dengan konsep Malaysia baharu iaitu Malaysia Madani. 

Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap 2023
Sumber : Infografik Bernama

Apa yang ditawarkan dalam Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap 2023 ini?

Pakej ini akan ditawarkan pada harga RM 69 dengan kelajuan 30Mbps dengan internet tanpa had bermula pada Mac 2023.

Harga pakej ini telah ditawarkan 22 peratus lebih murah berbanding harga pakej semasa dengan iaitu sekitar RM 89, yang bermaksud rakyat Malaysia dapat menikmati penjimatan sebanyak RM 480 sepanjang tempoh kontrak iaitu selama 24 bulan (2 tahun).

Siapa yang layak untuk mengambil Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap 2023 ini?

Keutamaan pakej ini diberikan kepada golongan memerlukan iaitu golongan B40, OKU, veteran dan warga emas.

Namun begitu, menurut Fahmi Fadzil, syarikat telekomunikasi juga boleh memberikan kemudahan itu kepada golongan M40 bawahan jika terdapat keperluan. 

Sebelum ini, KKD juga mengumumkan Pakej Perpaduan: Prabayar Internet RM30 Untuk 6 Bulan, iaitu perkhidmatan internet khusus untuk telefon bimbit.

Bagaimana untuk mendapatkan pakej ini?

Pakej ini boleh diperoleh melalui syarikat penyedia perkhidmatan jalur lebar tetap di Malaysia iaitu seperti Telekom Malaysia (TM), CelcomDigi, Maxis, U Mobile, YTL, TIME Berhad dan Astro. 

Bilakah tempoh / tarikh untuk mendapatkan pakej ini?

Pakej ini boleh dilanggan bermula bulan Mac 2023.

Perbezaan dengan Pakej Internet Perpaduan Prabayar

Ramai yang bertanya perbezaan antara Pakej Perpaduan Prabayar yang diumumkan bulan Januari lalu dengan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap yang diumumkan ini.

Di sini disertakan perbezaan kedua-dua pakej ini. Satu, pakej internet yang menggunakan “mobile data” telefon. Satu lagi, pakej internet yang melibatkan WiFi di rumah.

Semoga ia dapat membantu anda membuat pilihan yang terbaik bagi mendapatkan pakej paling berbaloi mengikut kegunaan anda.

Maklumat lanjut

Maklumat lanjut mengenai pakej perpaduan jalur lebar tetap ini boleh didapatkan melalui portal rasmi Kementerian Komunikasi dan Digital di https://www.kkd.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.