Kerajaan Perpaduan Malaysia melalui Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah mengumumkan pelaksanaan Pakej Perpaduan bermula Februari 2023.
Pakej Perpaduan ialah Pakej Prabayar Internet Mudah Alih yang bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup golongan sasar untuk memiliki perkhidmatan internet yang merupakan utiliti asas yang diperlukan oleh rakyat.
Pelaksanaan pakej ini adalah perluasan daripada Pakej Remaja yang ditawarkan sebelum ini untuk remaja berumur 12 hingga 24 tahun sahaja.
lnisiatif ini memberi peluang kepada lebih ramai golongan sasaran untuk mendapatkan perkhidmatan telekomunikasi yang berkualiti serta meningkatkan akses kepada kemudahan ini.
Ini adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan Perpaduan Malaysia untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dan pada masa yang sama memastikan kesalinghubungan digital yang menyeluruh.
Mengenai Pakej
Pakej Perpaduan ini menawarkan ciri-ciri berikut:
- Harga: RM30
- Kelajuan: 3Mbps
- Kouta: 30GB untuk 6 bulan (180 hari).
Pengguna akan menikmati penjimatan harga sebanyak 50% berbanding pakej sedia ada iaitu dari RM10 sebulan kepada hanya RM5 sebulan.
Pakej ini merupakan pakej asas yang disediakan dan terpulang kepada penyedia perkhidmatan untuk menawarkan nilai tambah ke atas pakej ini.
Sasaran Penerima Pakej
Menerusi pakej ini, sasaran penerima pakej ini adalah kepada:
- Golongan belia berumur sehingga 30 tahun
- B40
- Orang Kurang upaya (OKU)
- Warga Emas
- Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
- Veteran Polis
Penyedia Telco
Penurunan harga ini meliputi langganan pakej prabayar yang disediakan oleh lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu:
- CelcomDigi
- Maxis
- U Mobile
- Telekom Malaysia (TM)
- YTL Communications
Cara Memohon
Butiran permohonan akan diberitahu kelak oleh syarikat penyedia perkhidmatan atau telco.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai pakej ini, sila layari laman web Kementerian Komunikasi dan Digital iaitu https://www.kkmm.gov.my/.