Advertisements

LPPSA: Cara Semakan Baki Pinjaman Perumahan

Bagi penjawat awam atau kakitangan kerajaan yang telah membuat pinjaman perumahan dengan LPPSA, anda boleh menyemak baki pinjaman anda secara atas talian dengan cara yang sangat mudah tanpa perlu membazir masa, wang dan tenaga anda.

Dengan kemudahan semakan baki pinjaman yang telah disediakan oleh Portal LPPSA ini, anda boleh merancang kewangan anda dengan sebaiknya di mana-mana sahaja anda berada. 

Apa Itu LPPSA?

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) merupakan sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab dalam menguruskan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam.

Penubuhan badan berkanun ini, sebelumnya dikenali sebagai Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), Kementerian Kewangan Malaysia telah berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 Januari 2016.

Peranan Utama Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

Peranan utama Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam adalah seperti berikut:-

  • Untuk menguruskan Kumpulan Wang dan mentadbir kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam mengikut peruntukan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2015 (Akta 767)
  • Untuk menasihati Menteri Kewangan tentang perkara yang berhubungan dengan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam; dan
  • Untuk melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan dibuat di bawah Akta 767

Cara Semakan Baki Pinjaman LPPSA

Untuk membuat semakan baki pinjaman perumahan secara atas talian, anda boleh melayari Portal Sistem Perumahan Bersepadu (SPPB).

Namun begitu, sekiranya anda baru pertama kali mengunakan sistem SPPB ini, anda perlulah mendaftarkan akaun terlebih dahulu.

Berikut merupakan langkah-langkah mendaftarkan akaun baru pada portal SPPB ini:

  1. Layari laman LPPSA
  2. Pada bahagian menu yang terletak di bahagi atas web, klik pada butang “LPPSA MyFinancing”
  3. Klik pada butang “Pelanggan Baru”
  4. Klik pada butang “Daftar Sekarang”
  5. Lengkapkan segala butiran dalam borang online yang diberikan

Setelah permohonan anda lengkap, anda boleh daftar masuk ke dalam akaun anda dan menggunakan segala kemudahan yang disediakan dalam portal tersebut.

Semakan Baki Pinjaman LPPSA Melalui Whatsapp

Terkini, LPPSA juga menyediakan perkhidmatan membuat semakan baki pinjaman melalui Whatsapp.

Caranya adalah seperti berikut:

  1. Hantarkan Whatsapp ke nombor rasmi LPPSA  03-8880 2121
  2. Anda akan dilayan oleh chatbot memberi pilihan menu.
  3. Taip LPPSA <tanda koma> Nama Penuh <tanda koma> Nombor Kad Pengenalan <tanda koma> Nombor Telefon <tanda koma> Tarikh Pengesahan Perkhidmatan <Hari / Bulan / Tahun)
  4. Contoh: LPPSA, Nadhir Bin Amir, 971310110796, 0123456789, 31/04/2036

Melalui perkhidmatan ini, anda boleh membuat pertanyaan berkaitan pembiayaan LPPSA, semakan maklumat akaun pembiayaan, dan mendapatkan akses kepada maklumat dengan lebih mudah dan pantas!

LPPSA Pinjaman Perumahan

Kemudahan Portal Sistem Perumahan Bersepadu (SPPB)

Selain semak baki pinjaman perumahan LPPSA, laman web ini juga menyediakan kemudahan-kemudahan lain seperti:

  1. Status baki pinjaman
  2. Penyata tahunan
  3. Semakan status permohonan baru
  4. Status bayaran balik (potongan gaji)
  5. Bayaran balik pinjaman
  6. Kalkulator pengiraan kelayakan

Aplikasi MyFinancing

Selain melalui laman web LPPSA, pengguna juga boleh membuat semakan secara terus dari peranti mudah alih pilihan anda melalui aplikasi LPPSA MyFinancing.

Maklumat Lanjut

Anda juga boleh kemukakan maklumat pembiayaan dan inkuiri berkaitan lebihan tersebut melalui saluran yang disediakan:

Jika ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan LPPSA boleh terus ke Laman web rasmi LPPSA.

Disediakan juga Garis Panduan Pembiayaan Perumahan LPPSA yang lebih terperinci di bahagian bawah:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.