Bagi anda yang sedang mencari contoh surat perjanjian sewa rumah, berikut kami kongsikan template sesuai. Anda hanya perlu copy & paste sahaja.
Kredit kepada pemilik asal tuan Harith Faisal yang berkongsi di Facebook beliau.
Bagi anda yang ingin membeli rumah tahun depan, ada beberapa skim bantuan kerajaan yang disediakan khas untuk anda, antaranya:
Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah
PERJANJIAN SEWA RUMAH
BERTARIKH PADA 29 HARIBULAN NOVEMBER, 2017
ANTARA
ALI BIN ABU
750420-10-3472
(TUAN PUNYA RUMAH)
DAN
ROSNAH BINTI RASHID
891113-08-5428
(PENYEWA)
ALAMAT
03-02 APARTMEN KEKWA,
KOTA DAMANSARA,
47810 PETALING JAYA,
SELANGOR
PERJANJIAN SEWAAN
Perjanjian Sewaan ini telah dibuat pada tarikh yang dinyatakan dalam Seksyen 1 Jadual 1 antara dua pihak yang dinyatakan dalam Seksyen 2 Jadual 1 (selepas ini dinyatakan sebagai “Tuan Punya Rumah”) di pihak pertama dan satu pihak lagi dalam Seksyen 3 Jadual 1 (selepas ini dinyatakan sebagai “Penyewa”) di pihak kedua.
ADALAH DINYATAKAN BAHAWA
1) Tuan Punya Rumah merupakan pemilik sah yang menjaga hartanah yang dinyatakan dalam Seksyen 4 Jadual 1 (selapas ini dinyatakan sebagai “Premis”).
2) Tuan Punya Rumah telah menyerahkan dan Penyewa akan menerima Premis berserta kelengkapan asas tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang dinyatakan.
ADALAH DIPERSETUJUI
1. Berdasarkan terma dan syarat-syarat adalah dipersetujui oleh Tuan Punya Rumah dan Penyewa untuk menerima Sewaan bagi Premis pada jangkamasa, tarikh masuk dan tarikh tamat seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 5 (a)(b) dan (c) Jadual 1.
2. Nilai Sewaan sebulan dinyatakan dalam Seksyen 6(a) Jadual 1 dan hendaklah dibayar pada atau sebelum tarikh yang dinyatakan dalam Seksyen 6(b) Jadual 1. Sewa hendaklah dibayar terus ke akaun bank Malayan Banking Berhad (Maybank) Tuan Punya Rumah yang bernombor: 1256 9532 1267 atas nama Ali Bin Abu. Slip pembayaran hendaklah disimpan sebagai bukti pembayaran.
3. Penyewa hendaklah membayar deposit bagi Premis sebanyak dua (2) bulan Sewaan seperti dinyatakan dalam Seksyen 7 Jadual 1 sebagai jaminan terhadap kebolehupayaan Penyewa dalam menjaga baik Premis. Jumlah deposit adalah kekal sepanjang jangkamasa sewaan dan hendaklah dipulangkan keseluruhannya dalam masa dua puluh (20) hari selepas tarikh tamat sewaan atau kurang oleh Tuan Punya Rumah dan jika berlaku kerosakan pada Premis yang disebabkan oleh kecuaian Penyewa deposit akan ditolak berdasarkan kos kerosakan.
4. Tempoh kontrak sewaan hendaklah dipatuhi seperti mana yang dinyatakan dalam Seksyen 5 (a) Jadual 1. Gagal berbuat demikian akan menyebabkan perjanjian ini terbatal dan Tuan Punya Rumah berhak ke atas semua deposit rumah dan kemudahan asas. Tuan Punya Rumah juga berhak terhadap Premis secara automatik.
5. Penyewa perlu memberi notis selama dua bulan untuk menamatkan sewaan setelah tamat tempoh kontrak sewaan (1 tahun) atau 2 bulan sebelum tamat kontrak sewaan jika ingin meneruskan tempoh sewaan.
6. Penyewa perlu membayar deposit kemudahan asas (air dan elektrik) seperti dinyatakan dalam Seksyen 8 Jadual 1. Deposit akan dikembalikan kepada Penyewa setelah tamat tempoh sewaan dan segala pembayaran kemudahan asas selesai selama Penyewa tinggal di dalam Premis.
7. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB PENYEWA KEPADA TUAN PUNYA RUMAH seperti dinyatakan :
7.1 Membayar jumlah sewaan Premis pada tarikh yang ditetapkan. Kegagalan Penyewa membayar Sewaan selama dua (2) atau satu (1) bulan berturut-turut mengikut jumlah deposit boleh menyebabkan perjanjian ini terbatal dan Tuan Punya Rumah berhak keatas semua deposit rumah dan kemudahan asas. Tuan Punya Rumah juga berhak terhadap Premis secara automatik.
7.2 Membayar segala kemudahan asas dan bil pembentungan kecuali kos selenggara yang disediakan sepanjang tempoh sewaan Premis. Segala resit pembayaran hendaklah disimpan sebagai rujukan.
7.3 Menjaga dan memelihara Premis dari segi peralatan yang disediakan serta persekitaran dalam keadaan yang baik (perubahan dari segi faktor masa dan usia adalah diterima). Segala peralatan yang disediakan hendaklah dipulangkan dalam keadaan baik.
7.4 Tidak membuat atau membenarkan pengubahsuaian atau penambahan ke atas Premis, hiasan Tuan Punya Rumah tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis atau lisan. Setelah mendapat keizinan dari Tuan Punya Rumah, Penyewa hanya dibenarkan melakukan pengubahsuaian atau penambahan pada kawasan yang ditentukan oleh Tuan Punya Rumah sahaja dan segala kos perbelanjaan untuk tujuan tersebut adalah ditanggung oleh Penyewa kecuali mendapat persetujuan oleh Tuan Punya Rumah. Penyewa mesti mengembalikan pengubahsuaian atau penambahan kepada keadaan asal apabila diminta oleh Tuan Punya Rumah.
7.5 Membenarkan Tuan punya Rumah atau wakil yang dilantik setelah memberi tiga (3) hari notis terdahulu pada masa yang berpatutan atau atas persetujuan bersama melalui temujanji untuk memasuki Premis dan memeriksa keadaan Premis tersebut yang mana Tuan Punya Rumah berhak memberikan notis bertulis kepada Penyewa bagi memaklumkan kerja-kerja pembaikan yang perlu dilakukan dan meminta Penyewa melaksanakannya. Dan sekiranya Penyewa dalam masa empat belas (14) hari dari notis tersebut tidak melaksanakannya maka tuan punya rumah bersama atau tidak bersama dengan pembaik berhak memasuki Premis tersebut dan melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan segala kos pembaikan adalah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Untuk versi penuh contoh surat perjanjian sewa rumah setebal 12 muka surat ini, sila download Telegram.
Template Surat Perjanjian Sewa Rumah 2023
TARIKH: [TARIKH]
Antara: [NAMA PENYEWA], [NO. KAD PENGENALAN], [ALAMAT] (selanjutnya dikenali sebagai “Penyewa”)
Dan: [NAMA PEMILIK], [NO. KAD PENGENALAN], [ALAMAT] (selanjutnya dikenali sebagai “Pemilik”)
Perjanjian ini dibuat dan ditandatangani pada [TARIKH] untuk menentukan perjanjian sewa rumah antara Penyewa dan Pemilik.
- Objek Sewa: Pemilik menyewakan rumah [NAMA RUMAH], [ALAMAT RUMAH], [BANDAR RUMAH], [NEGERI RUMAH] (selanjutnya dikenali sebagai “Premis”) kepada Penyewa untuk tujuan pemukiman.
- Tempoh Sewa: Perjanjian ini bermula pada [TARIKH BERMULA] dan tamat pada [TARIKH TAMAT], dan boleh diperbaharui oleh kedua-dua pihak dengan persetujuan bersama.
- Bayaran Sewa: Penyewa akan membayar sewa bulanan sebanyak [JUMLAH BAYARAN SEWA] kepada Pemilik pada [TARIKH BAYARAN SEWA]. Bayaran sewa bulanan akan diterima oleh Pemilik dalam bentuk tunai atau cek.
- Deposit: Penyewa akan membayar deposit sebanyak [JUMLAH DEPOSIT] kepada Pemilik sebagai jaminan bagi memastikan Penyewa memenuhi semua kewajipan yang ditentukan dalam perjanjian ini. Deposit akan dikembalikan kepada Penyewa selepas tamat tempoh sewa, selepas ditolak apa-apa caj yang berkenaan.
- Kegunaan Premis: Penyewa bersetuju untuk menggunakan Premis sebagai tempat tinggal dan untuk tujuan pemukiman sahaja. Penyewa tidak boleh menggunakan Premis untuk sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang atau mengganggu ketenteraman jiran.
- Pemeliharaan: Penyewa bersetuju untuk memelihara Premis dalam keadaan yang baik dan membayar semua caj pemeliharaan yang timbul sepanjang tempoh sewa.
- Penamatan Perjanjian: Kedua-dua pihak boleh menamatkan perjanjian ini dengan memberikan notis sebulan sebelum tarikh penamatan.
- Penafian Liabiliti: Kedua-dua pihak bersetuju bahawa Pemilik tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan, atau kecederaan yang dialami oleh Penyewa atau oleh mana-mana pihak ketiga sepanjang tempoh sewa.
- Pindaan: Perjanjian ini boleh dibatalkan atau diubah oleh kedua-dua pihak dengan persetujuan bersama dan dengan memberikan notis tertulis sebulan sebelum tarikh pindaan.
- Pihak yang Berkuasa: Segala pertikaian yang timbul dari atau berkaitan dengan perjanjian ini akan diselesaikan oleh pihak yang berwajib.
Dengan ini, kedua-dua pihak mengaku memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat perjanjian ini.
[NAMA PENYEWA] [TANDATANGAN PENYEWA]
[NAMA PEMILIK] [TANDATANGAN PEMILIK]