Advertisements

Liga Super Malaysia 2023: Jadual Perlawanan Terkini

Pada 24 Februari ini, sekali lagi Liga Super Malaysia 2023 atau Malaysia Super League [MSL] akan menggegarkan dunia sukan.

Bagi Peminat sukan ini, anda pasti ingin mengetahui bila Liga Super Malaysia ini berlangsung.

Jadi untuk mengetahui lebih lanjut teruskan bersama kami hingga ke penghujung artikel ini.

Pasukan yang menyertai Liga Super 2023?

Tahun ini sepatutnya merupakan tahun pertama selepas penstrukturan semula, dengan 18 pasukan dan bukan dengan 12 buah pasukan seperti yang berlaku pada Liga Super 2022.

Namun begitu, pada musim ini, hanya 14 buah pasukan sahaja yang telah layak menyertai Liga Super Malaysia 2023.

Hal ini demikian kerana, Melaka United dan Sarawak United FC telah dikeluarkan kerana tidak berjaya untuk memperoleh lesen bertanding bagi musim ini.

Petaling Jaya City FC (PJ City FC) dan UiTM FC pula telah membuat keputusan untuk menarik diri daripada persaingan atas sebab-sebab tertentu.

Dibawah merupakan 14 pasukan yang bakal terlibat dalam persaingan bola sepak bagi Liga Super 2023.

Liga Malaysia 2023

Kedudukan Liga

Kedudukan liga bagi musim 2023 ini, diketuai oleh Pasukan Johor Darul Ta’zim [JDT].

Hal ini demikian kerana, JDT terus mendominasi kejuaraan Liga Super Malaysia sepanjang pembabitan mereka dalam kejohanan ini.

JDT telah mempertahankan Kejuaraan Liga Super yang dimiliki oleh mereka selama sembilan musim berturut-turut bermula pada tahun 2014 diikuti tahun 2015, 2016, 2017, 2018, 2019, 2020, 2021 dan yang terkini pada tahun 2022.

Oleh itu JDT berada pada kedudukan teratas, diikuti dengan Terengganu, Sabah dan seterusnya.

Kedudukan Liga ini akan berubah mengikut pencapaian pasukan pada musim ini. Dibawah merupakan senarai kedudukan Liga Super Malaysia mengikut pencapaian pada musim 2022.

Liga Super Malaysia 2022
Sumber: Liga Super 2022

Jadual Perlawanan Liga Super Malaysia 2023

Berikut adalah jadual perlawanan penuh #LigaSuper2023 yang dikeluarkan oleh Malaysia Football League (MFL).

Maklumat Tambahan

Untuk mendapatkan maklumat tambahan berkenaan Liga Super atau sebarang maklumat berkenaan sukan bola sepak Malaysia, anda boleh memperoleh maklumat tersebut melalui laman web rasmi Liga Bola Sepak Malaysia di pautan berikut: malaysianfootballleague.com

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: