Advertisements

Nombor Pengenalan Cukai / Tax Identification Number (TIN)

Nombor pengenalan cukai adalah nombor peribadi yang digunakan di dalam sesebuah negara, dan dalam hal ini di Malaysia bagi memudahkan urusan peniaga atau individu yang berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai hasil pendapatan bagi tujuan pencukaian.

Apa Itu Nombor Pengenalan Cukai / Tax Identification Number (TIN)?

TIN adalah nombor cukai pendapatan yang digunakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASIL) untuk mengenal pasti pembayar cukai.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh HASiL cadangan melaksanakan TIN ini bukanlah sesuatu idea baharu, sebaliknya telah dibentangkan dalam Belanjawan 2020, dan sepatutnya mula dilaksanakan pada bulan Januari 2021.

Namun demikian, atas sebab-sebab tertentu seperti persediaan sistem dan prosedur berkaitan, maka pelaksanaannya ditangguhkan dan hanya akan mula dilaksanakan pada 1 Januari 2022.

Nombor Pengenalan Cukai

Siapa yang layak mendapatkan TIN?

Mana-mana pembayar cukai yang terdiri daripada kategori di
bawah adalah diwajibkan mempunyai nombor cukai
pendapatan:

  • Pembayar cukai yang boleh ditaksir dan boleh dikenakan cukai; atau
  • Pembayar cukai yang dikehendaki untuk mengemukakan borang nyata.

Pembayar cukai adalah merujuk kepada individu atau orang sepertimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Cukai
Pendapatan 1967 (ACP 1967).

“Orang” tersebut adalah termasuk suatu syarikat, badan orang, perkongsian liabiliti terhad dan perbadanan tunggal.

Bagaimana nombor pengenalan cukai diproses dan diberikan?

Nombor cukai pendapatan akan diberikan melalui permohonan yang dibuat atau diberikan oleh pihak HASiL menerusi kaedah:

  • Pendaftaran automatik seperti pendaftaran nombor cukai pendapatan individu melalui potongan cukai bulanan (PCB) yang dikemukakan oleh para majikan kepada HASIL;
  • Pendaftaran secara automatik bagi pemilik syarikat yang baharu diperbadankan yang telah mendaftar secara dalam talian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melalui Portal MyCoID;
  • Secara dalam talian di laman web e-Daftar atau;
  • Proses pendaftaran secara manual di Cawangan HASiL yang berhampiran dengan anda.

Cara untuk mendaftar TIN

Nombor cukai pendapatan boleh diperoleh melalui kaedah
pendaftaran seperti berikut:
(a) Secara dalam talian melalui laman e-Daftar atau
(b) Kemukakan borang pendaftaran ke Cawangan HASiL yang
berhampiran.

Cara untuk menyemak Nombor Cukai Pendaftaran

Dibawah merupakan cara atau kaedah melakukan semakan pendaftaran nombor cukai pendapatan yang boleh dilakukan
melalui:
(a) Secara dalam talian melalui MyTax ;
(b) HASiL Live Chat;
(c) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100
(Luar Negara);
(d) Borang Maklum Balas di Portal Rasmi HASiL; atau
(e) Cawangan HASiL yang berhampiran.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) boleh menonton video yang telah disediakan oleh pihak LHDN dibawah:

Atau boleh membaca FAQ yang telah disediakan:

Jika terdapat ebarang pertanyaan yang lebih terperinci atau sebarang masalah anda boleh menghubungi pihak Hasil melalui pautan berikut https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.