Virtual Account Number (VA) atau dalam bahasa Melayunya Nombor Akaun Maya merupakan 14 digit yang menjadi identiti pengenalan bayaran pencukai.
Nombor VA akan digunakan sebagai nombor akaun bayaran semasa melakukan bayaran menerusi kaedah pindahan telegrafik (TT) di kaunter bank atau menerusi portal perbankan elektronik
Apa itu VA (Virtual Account) LHDN
Nombor VA adalah nombor 14 digit yang merupakan nombor identiti pengenalan bayaran.
Ianya menyerupai format nombor akaun bank yang perlu dihantar oleh pihak bank boleh dikenalpasti oleh pihak bank sebagai bayaran cukai pendapatan.
Nombor ini akan digunakan oleh pembayar cukai sebagai nombor akaun semasa membuat bayaran.
Cara Dapatkan Nombor VA
Janaan nombor VA di Sistem e-TT hanya dibenarkan untuk bayaran cukai daripada dalam dan luar negara bagi cukai jenis ini sahaja:
- Cukai Pendapatan
- Cukai Pendapatan (Petroleum)
- Kompaun
- Seniman Kembara
- Cukai Pegangan (Melibatkan satu penerima sahaja)
- CKHT – Pegangan cukai 3% oleh pemeroleh (Seksyen 21B)
Untuk menjana Nombor Virtual Account di Sistem e-TT boleh dilakukan seperti berikut:
- Pergi ke Portal MyTax
- Klik Perkhidmatan ezHasil dan pilih submenu e-TT.
- Lengkapkan maklumat bayaran bagi menjana no VA
- Cetak nombor Virtual Account (VA) sebelum keluar
Untuk lebih jelas lagi boleh lihat dalam rajah di bawah.
*Setiap nombor VA yang dihasilkan adalah untuk satu kali pembayaran sahaja.
Maklumat Tambahan
Untuk maklumat tambahan berkenaan virtual account (VA) anda boleh membaca panduan pengguna yang telah disediakan oleh pihak LHDN dalam fail PDF di bawah:
Maklumat tambahan juga boleh diperoleh melalui laman sosial LHDN di pautan berikut:
Pertanyaan Lanjut
Jika anda mempunyai pertanyaan atau masalah dalam penjanaan nombor VA ini, anda boleh menghubungi pihak bertanggungjawab melalui:
- Hasil Care Line : 03-8911 1000 (dalam negara) / 603-8911 1100 (luar negara)
- Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000