Advertisements

e-TT: Login Sistem Bayaran e-Pindahan Telegrafik Cukai LHDN

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)  memaklumkan bahawa bermula 1 April 2022, Sistem e-TT (e-Pindahan Telegrafik) akan diperkenalkan bagi bayaran cukai dalam dan luar negara.

Bagi mengetahui lebih lanjut berkenaan e-TT dan fungsinya, teruskan bersama artikel ini sehingga ke penghujungnya.

Apa itu e-Pindahan Telegrafik (e-TT)?

e-Pindahan Telegrafik (e-TT) ini merupakan sebuah sistem yang akan menjana Nombor Akaun Maya atau Virtual Account Number (VA) sebagai identiti pengenalan bayaran bagi tujuan bayaran cukai menggunakan Mod Telegraphic Transfer.. 

Janaan nombor VA di e-TT hanya dibenarkan bagi tujuan bayaran cukai, daripada jenis cukai berikut:

  • Cukai Pendapatan
  • Cukai Pegangan (WHT)
  • Cukai Pendapatan Petroleum (PITA)
  • Kompaun
  • Penghibur Awam
  • Bayaran Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) – Tertakluk di bawah Seksyen 21B Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (Borang CKHT502)

Anda boleh baca artikel di pautan yang di sediakan untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan No. VA: https://semakanonline.com/virtual-account-va/

Cara Melakukan Pembayaran Menggunakan e-TT

Dibawah merupakan cara untuk melakukan pembayaran menggunakan e-pindahan telegrafik (e-TT):

  1. Anda perlu memasuki portal MyTax.
  2. Klik Perkhidmatan ezHasil dan pilih submenu e-TT.
  3. Lengkapkan maklumat bayaran bagi menjana no VA. (*Rujuk artikel https://semakanonline.com/virtual-account-va/ untuk maklumat yang lebih jelas mengenai nombor VA)
  4. Cetak nombor Virtual Account (VA) sebelum keluar.

Setelah anda mencetak no. VA, anda akan memperoleh cetakan tersebut dalam bentuk fail pdf seperti rajah di bawah:

epindahan telegrafik e-tt

Ini merupakan slip pengesahan e-pindahan telegrafik. Di dalam slip ini mempunyai no. VA, dimana dengan no. VA ini anda boleh melakukan pembayaran cukai.

Nombor VA akan menjadi No. Akaun semasa pembayaran, dan satu no. VA hanya untuk satu kali pembayaran sahaja.

Oleh itu, jika anda ingin melakukan pembayaran bagi beberapa jenis cukai anda perlu mendapatkan no. VA yang berasingan untuk setiap jenis cukai yang ingin dibayar

Jenis pembayaran pula boleh dipilih oleh pengguna sendiri, sama ada ingin melakukan pembayaran secara perbankan dalam talian atau melalui kaunter Bank atau ATM.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat tambahan berkenaan e-TT anda boleh membaca panduan pengguna yang telah disediakan oleh pihak LHDN dalam fail PDF di bawah:

Anda juga boleh melayari media sosial LHDN bagi mendapatkan maklumat tambahan berkenaan e-TT ini:

Sebarang persoalan atau masalah yang timbul berkenaan e-pindahan telegrafik boleh diajukan kepada:

  • Hasil Care Line : 03-8911 1000 (dalam negara) / 603-8911 1100 (luar negara)
  • Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: