Usahawan kecil dan mikro di Negeri Selangor yang ingin perniagaan mereka beralih ke arah digitalisasi, Kerajaan Negeri Selangor menawarkan pembiayaan untuk menggalakkan digitalisasi perniagaan melalui Skim Go Digital.
Untuk makluman, Skim Go Digital telah diumumkan sebelum ini menerusi Belanjawan Negeri Selangor 2021 menerusi Inisiatif Selangor E-Pembekalan Peruncit Mikro.
Matlamat utama pelaksanaan Skim Go Digital adalah untuk membantu pemasaran produk serta servis secara meluas, mudah, dan mempercepatkan proses pesanan dan pembayaran.
Pelaksanaan Skim Go Digital ini diuruskan oleh Hijrah Selangor yang bertanggungjawab dalam memberikan pinjaman mikro kredit kepada usahawan kecil dan mikro di Negeri Selangor.
Jumlah Pembiayaan
Jumlah pembiayaan Skim Go Digital yang ditawarkan kepada usahawan kecil dan mikro yang layak adalah berjumlah RM1,000 hingga RM5,000.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia berumur 18 hingga 60 tahun.
- Rakyat Selangor yang bermastautin dan menetap di Negeri Selangor (tida kurang daripada 5 tahun).
- Mempunyai syarikat yang berdaftar dengan PBT atau SSM.
- Perniagaan telah beroperasi melebihi 6 bulan.
- Aktiviti perniagaan yang dijalankan tidak bertentangan dengan undang-undang.
- Tidak mempunyai rekod tidak baik daripada mana-mana agensi kewangan.
- Mematuhi syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Hijrah Selangor.
- Mempunyai simpanan sebanyak 25% daripada nilai pinjaman dipohon dari jumlah gabungan simpanan di institusi kawangan dan tabungan Hijrah.
- Peminjam Hijrah masih meminjam dibenarkan untuk pinjaman ini dengan ketetapan gabungan jumlah tidak melebihi RM50,000.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan Skim Go Digital, terdapat dua cara yang boleh dilakukan iaitu:
i) Telefon
- Hubungi talian 03-5519 1692 untuk membuat semakan kelayakan daripada Hijrah Selangor.
ii) Pautan Pendaftaran
- Layari pautan berikut https://forms.gle/r2ryDetuBt6Thf6V6.
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Next.’
- Isi maklumat di setiap paparan dan klik butang ‘Submit’ untuk menghantar maklumat.
- Pihak Hijrah Selangor akan menghubungi pemohon.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai Skim Go Digital ini, sila hubungi pihak Hijrah Selangor di talian 03-5519 1692 atau layari https://www.hijrahselangor.com/ untuk maklumat lanjut.