Pelajar dari Negeri Selangor yang sedang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) kini boleh memohon Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara di bawah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS).
Untuk makluman, TKWBNS diuruskan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan peruntukan yang diterima adalah daripada Kerajaan Negeri Selangor
Oleh itu, salah satu inisiatif TKWBNS bagi membantu para pelajar di Negeri Selangor adalah dengan memperkenalkan Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara bagi membantu pelajar yang sedang melanjutkan pengajian mereka.
Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara ini juga merupakan pembiayaan pendidikan tinggi dalam bentuk pinjaman tanpa faedah.
Permohonan bagi Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara ini telah dibuka sejak 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2021.
Kadar Pembiayaan
Kadar pembiayaan yang ditawarkan menerusi pinjaman boleh ubah ini adalah seperti berikut:
Peringkat Pengajian | IPTA/IPTS (Kadar Setahun) | UiTM, Politeknik & Kolej Komuniti (Kadar Setahun) |
Sijil | – | RM3,000.00 |
Diploma | RM4,900.00 | RM3,500.00 |
Ijazah Sarjana Muda (Pelbagai dan Veterinar) | RM6,500.00 | RM 4,500.00 |
Perubatan dan Pergigian | RM7,000.00 | RM7,000.00 |
Syarat AM
Syarat am yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin memohon pinjaman boleh ubah ini adalah seperti berikut:
- Pemohon dan ibu dan bapa merupakan warganegara Malaysia.
- Pemohon, ibu atau bapa lahir di Selangor; atau
- Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih daripada 10 tahun di Selangor (keutamaan diberikan kepada anak Selangor).
- Pemohon telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah Perubatan.
- Sedang mengikuti pengajian di IPTA seluruh Malaysia atau IPTS dalam Negeri Selangor dan Kuala Lumpur yang diiktiraf oleh Kerajaan secara sepenuh masa.
- Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian atau diberikan lanjutan tempoh pengajian.
- Pemohon mestilah belum menerima sebarang tajaan lain (biasiswa, pinjaman atau dermasiswa) termasuk bagi Ijazah Perubatan, Pergigian dan Veterinar)
- Pendapatan isi rumah (ibu dan bapa) hendaklah tidak melebihi RM20,000.00 sebulan (gaji pokok).
- Sila sertakan Salinan Sijil Lahir pemohon, salinan Mykad pemohon, bapa dan ibu, salinan Sijil Berhenti Sekolah (Rendah Dan Menengah), Salinan Keputusan SPM/STPM/STAM/Matrikulasi/Asasi/Diploma (mana yang berkaitan).
- Salinan slip gaji terkini (ibu dan bapa/penjaga). Untuk pesara, sila kepilkan salinan Penyata Pencen bulanan atau jika bekerja sendiri/tidak bekerja/suri rumah sila dapatkan pengesahan pendapatan (disahkan oleh Ketua Kampung/ADUN/Penghulu/Pengerusi Taman/Penghulu Mukim/Ketua Blok sahaja).
- Bagi pemohon dan ibubapa yang tidak lahir di Negeri Selangor perlu mengemukakan pengesahan mastautin yang disahkan oleh Ketua Kampung/ADUN/Penghulu/Pengerusi Taman/Penghulu Mukim/Ketua Blok sahaja).
- Salinan Surat Kematian dan Surat Bercerai (jika berkaitan)
- Permohonan yang tidak lengkap atau tidak disertakan dokumen yang diperlukan akan ditolak. Dokumen yang dicetak tidak perlu dihantar.
- Pemohon hendaklah membuat semakan secara talian/online dalam tempoh dua minggu selepas tarikh tutup permohonan.
Borang pengesahan pendapatan boleh dimuat turun melalui pautan ini https://drive.google.com/file/d/18jLQK5q_5DXWk7NA7a5Nh_aRtRbw8RGe/view.
Syarat Akademik
Syarat akademik yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:
i) Sijil
- Memperolehi sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran SPM (bidang dan teknikal).
- Memperolehi sekurang-kurangnya 4 kepujian dalam mana-mana pelajaran di peringkat SPM (IPTA).
ii) Diploma
- Memperoleh sekurang-kurangnya 5 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau
- Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/CGPA 2.50 ke atas.
iii) Ijazah Sarjana Muda
- Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas/Pra-Ijazah/Matrikulasi/Diploma dengan kelulusan PNGK/CGPA 2.50 ke atas; atau
- Memperoleh sekurang-kurangnya 4 Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau
- Memperoleh sekurang-kurangnya 5 kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.
iv) Ijazah Perubatan
- Sedang mengikuti Ijazah Perubatan dan Pembedahan/Pergigian di Universiti Awam yang disenaraikan.
Cara Memohon
Pelajar yang berminat boleh memohon menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web https://danapendidikan.selangor.gov.my/.
- Klik butang ‘Daftar Akaun.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Akaun.’
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Isi maklumat yang diperlukan.
- Setelah selesai, cetak borang permohonan.
- Borang permohonan tersebut hanya perlu dihantar sekiranya dipanggil temu duga sahaja.
Pengurangan Bayaran Balik
Pemohon yang layak akan ditawarkan pengurangan bayaran balik seperti berikut:
- Pembiayaan yang akan diberikan adalah dalam bentuk pinjaman pelajaran boleh ubah di mana pengurangan bayaran balik akan diberikan mengikut pencapaian CGPA/PNGK akhir pelajar.
- Selain daripada CGPA/PNGK, pelajar juga perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
– Tamat pengajian dalam tempoh seperti yang ditetapkan dalam surat tawaran.
– Tidak melanggar mana-mana syarat seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Perjanjian.
– Mengemukakan salinan transkrip rasmi dan sijil senat yang telah disahkan oleh pihak Universiti kepada Urus Setia TKWBNS.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara ini, sila hubungi Urus Setia Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran di talian 03-5544 7000.