Advertisements

Permohonan CBRM 2.0: Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro

Advertisements

TEKUN Nasional telah membuka permohonan kepada usahawan mikro yang ingin memohon pembiayaan bagi memulihkan perniagaan mereka melalui Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0).

CBRM 2.0 ialah pembiayaan kepada usahawan TEKUN sedia ada dan usahawan baharu yang terjejas ekoran pandemik COVID-19 untuk membolehkan mereka kembali beroperasi dan memulihkan semula perniagaan mereka.

Objektif pelaksanaan CBRM 2.0 adalah bagi membantu usahawan baharu dan sedia ada yang terkesan akibat pandemik COVID-19 yang menjalankan perniagaan dalam bidang non-essential, aktiviti sosial dan aktiviti rangkaian bagi memulihkan dan memulakan perniagaan dalam kesukaran masa pandemik COVID-19.

Usahawan yang berminat untuk memohon CBRM 2.0 boleh membuat permohonan mulai 15 Ogos 2021.

Kadar Pembiayaan

Kadar pembiayaan yang ditawarkan melalui adalah sebanyak RM1,000 sehingga RM10,000 kepada usahawan baru.

Untuk usahawan sedia ada, kadar pembiayaan yang ditawarkan adalah RM1,000 sehingga RM20,000.

Syarat Permohonan

Usahawan yang ingin memohon perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Pemohon mastilah Bumiputera/India dan warganegara Malaysia.
  2. Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas (tempoh pembiayaan tidak melebihi 65 tahun).
  3. Pemohon mempunyai lesen/permit daripada Pihak Berkuasa Tempatan atau mendaftar perniagaan melalui SSM.
  4. Pemohon terlibat secara langsung atau separuh masa dalam perniagaan yang dijalankan.
  5. Pemohon mempunyai tempat/lokasi perniagaan yang khusus atau secara bergerak.
  6. Pemohon bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan kebankrapan.
  7. Baki pembiayaan sedia ada pemohon tidak melebihi RM100,000.
  8. Aktiviti yang dijalankan oleh pemohon adalah patuh syariah.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan CBRM 2.0, usahawan yang berminat boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web TEKUN Online iaitu https://tekunfin.tekun.gov.my/login.
  2. Klik butang ‘Daftar Akaun.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Hantar.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no. kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Isi maklumat peribadi dengan lengkap dan betul.
  6. Hantar permohonan setelah semua lengkap diisi.

Soalan Lazim

Berapa lamakah tempoh proses Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0)?

Proses kelulusan dalam masa 7 hari bekerja (tertakluk pada terma dan syarat).

Adakah pembiayaan saya dilindungi insurans?

Ya. Pembiayaan dilindungi oleh Insuran Takaful dengan syarat masih dalam tempoh pembiayaan.

Adakah TEKUN melantik ejen/wakil untuk menguruskan CBRM 2.0?

Tidak. TEKUN tidak melantik ejen/wakil untuk menguruskan permohonan pembiayaan ini.

Adakah CBRM 2.0 mempunyai simpanan seperti skim pembiayaan TEKUN yang lain?

Usahawan menerusi CBRM 2.0 dikecualikan daripada membayar simpanan.

Apakah jenis sektor perniagaan yang layak memohon skim ini?

Sektor perniagaan yang layak memohon skim ini adalah seperti peruncitan, perkhidmatan, pembuatan, Kontraktor kecil, perniagaan online, pertanian dan perusahaan asas tani.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai CBRM 2.0, sila layari laman web TEKUN Nasional di pautan https://www.tekun.gov.my/ atau merujuk kepada pejabat cawangan TEKUN Nasional yang berhampiran di https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.