Advertisements

SPPP SSM: Pendaftaran Perniagaan Percuma B40 & Pelajar IPT

Golongan B40 atau pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) sepenuh masa yang ingin mendaftar perniagaan mereka, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menawarkan pendaftaran perniagaan percuma melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP).

SSPP SSM telah dilancarkan pada 15 Februari 2021 bagi menggalakkan golongan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa terlibat dalam perniagaan dan mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

Skim ini dilaksanakan sehingga peruntukan geran habis digunakan dan diberikan untuk tempoh satu tahun perniagaan sahaja (1 kali permohonan sahaja) sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini dijalankan.

Sehingga kini, sebanyak 9,492 golongan B40 dan pelajar IPT telah mendaftar perniagaan mereka dengan SSM.

Pengecualian Fi

Pelaksanaan SPPP ini melibatkan pengecualian fi pendaftaran perniagaan seperti:

  • Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan: RM30 setahun.
  • Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi terdiri dari kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama tred: RM60 setahun.
  • Cetakan maklumat: RM10.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi pemohon yang ingin memohon SPPP SSM ini adalah seperti berikut mengikut kategori:

i) Usahawan Kumpulan B40

  1. Pemegang MyKad/MyPR.
  2. Warganegara berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan.
  3. Mempunyai maklumat dalam pangkalan data penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Bagi Golongan B40. (Semakan boleh dibuat di https://bpn.hasil.gov.my/).
  4. Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.

ii) Pelajar IPT Sepenuh Masa

  1. Pemegang MyKad/MyPR.
  2. Warganegara berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan.
  3. Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran di dalam negara.
  4. Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan SPPP SSM, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/.
  2. Klik butang ‘Sign Up’ dan masukkan maklumat yang diperlukan.
  3. Klik butang ‘Save.’
  4. Log masuk dengan memasukkan username dan kata laluan yang didaftarkan.
  5. Isi maklumat diri dan perniagaan yang diperlukan.
  6. Muat naik dokumen yang diperlukan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:

i) Usahawan Kumpulan B40

  1. Salinan kad pengenalan (Depan & Belakang).
  2. Bukti pengesahan menjalankan perniagaan:
    – Permohonan bantuan pinjaman/geran perniagaan; atau
    – Dokumen berkaitan jual beli produk atau perkhidmatan; atau
    – Gambar pemohon bersama premis/tempat/gerai perniagaan bersama pemohon; atau
    – Lain-lain dokumen yang berkaitan.

ii) Pelajar IPT Sepenuh Masa

  1. Salinan kad pengenalan (Depan & Belakang);
  2. Salinan kad pelajar; dan
  3. Salinan surat perakuan pelajar dari pihak IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai SPPP SSM, sila hubungi pusat panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel ke [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.