Advertisements

Permohonan Skim Agihan Khas Zakat Negeri Kedah One-Off RM300

Advertisements

Kepada para asnaf di Negeri Kedah yang terjejas pendapatan dalam fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN), Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah membuka permohonan bagi Skim Agihan Khas Zakat di bawah LZNK.

Untuk makluman, Skim Agihan Khas Zakat adalah inisiatif terbaharu daripada LZNK untuk membantu para asnaf yang terkesan dan pendapatan mereka telah berkurangan pada waktu ini.

LZNK telah menganggarkan sebanyak 40,000 keluarga asnaf di Negeri Kedah akan dibantu menerusi skim agihan ini.

Permohonan skim agihan ini telah dibuka mulai 18 Julai sehingga 7 Ogos 2021 secara atas talian.

Kadar Pemberian

Keluarga asnaf yang layak menerima skim agihan ini akan menerima bantuan kewangan one-off sebanyak RM300 daripada LZNK.

Syarat Permohonan

Pemohon yang ingin memohon skim agihan ini perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia dan tinggal di negeri Kedah sekurang-kurangnya 1 tahun.
  3. Golongan yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19 dan pendapatan kasar isi rumah semasa di bawah RM2,000.00 sebulan (Gaji Kasar).
  4. Hanya ketua keluarga sahaja layak memohon bantuan atau waris pemohon bagi yang masih berada dibawah tanggungan.
  5. Pemohon bukan penerima bantuan Kewangan Bulanan Lembaga Zakat Negeri Kedah

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://agihan.zakatkedah.com.my.
  2. Klik butang ‘Permohonan Baru.’
  3. Pilih skim zakat dan masukkan no. kad pengenalan disertai dengan butang ‘Teruskan.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap dengan klik butang ‘Simpan dan Teruskan’ pada akhir paparan.
  5. Permohonan mestilah dibuat atas nama ketua keluarga atau waris pemohon bagi yang masih berada di bawah tanggungan seperti kategori berikut:
    – Suami: Jika berkahwin
    – Isteri: Jika bercerai (cerai hidup/cerai mati)
    – Isteri: Jika ditinggalkan suami tanpa nafkah
    – Anak: Jika ibu bapa uzur dan terlantar sakit
  6. Muat naik dokumen sokongan
  7. Klik butang ‘Hantar’ selepas semua maklumat dan dokumen dimuat naik.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik bagi permohonan skim agihan ini adalah seperti berikut:

  1. Kad Pengenalan pemohon sahaja (depan dan belakang).
  2. Sijil nikah/surat cerai/sijil kematian suami/isteri (jika berkenaan).
  3. Slip gaji, penyata pendapatan, pencen, surat diberhentikan, cuti tanpa gaji dan sebagainya (jika berkenaan). Bagi yang tidak bekerja atau tiada slip gaji, sila cetak Surat Pengesahan Pendapatan atau dapatkan di Pejabat Zakat Daerah berdekatan).
  4. Penyata akaun bank pemohon (Akaun ASB dan Tabung Haji tidak dibenarkan).
  5. Bukti Bermastautin Pemohon: Bil Elektrik/Air/Telefon dan lain-lain bil (atas nama/alamat Pemohon).
  6. Laporan perubatan daripada doktor perubatan Hospital Kerajaan (jika ada).
  7. Hanya permohonan yang lengkap beserta dokumen yang diperlukan sahaja akan dipertimbangkan permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai Skim Agihan Khas Zakat sila hubungi:

  • Ibu Pejabat: 019-4181740
  • Baling: 04-470 2428/013-4529155
  • Bandar Baharu: 04-407 9670/019-4738255
  • Kota Setar: 04-731 8005/019-5739155
  • Kubang Pasu: 04-917 1561/019-4967255
  • Kuala Muda: 04-441 1881/019-4122155
  • Kulim: 04-490 0873/019-5732155
  • Langkawi: 04-966 0179/019-4753155
  • Padang Terap: 04-786 6239/019-5172155
  • Pendang: 04-759 4515/019- 4123155
  • Pokok Sena: 04-782 1513/019-518 6155
  • Sik: 04-469 5895/019-4104255
  • Yan: 04-468 3482/019-4804155

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.