Advertisements

Permohonan IKSK Negeri Kedah: Pinjaman Perniagaan RM5,000

Advertisements

Usahawan di Negeri Kedah yang memerlukan bantuan kewangan bagi meneruskan perniagaan mereka kini boleh memohon melalui Inisiatif Kedah Sejahtera Kerajaan (IKSK) Negeri Kedah.

Untuk makluman IKSK Negeri Kedah ini diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Kedah bagi membantu usahawan di negeri tersebut yang memerlukan bantuan kewangan untuk menjalankan perniagaan mereka.

Inisiatif ini juga dilakukan bagi membantu usahawan yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan pada ketika ini.

Bagi usahawan yang berminat untuk memohon IKSK Negeri Kedah, mereka boleh membuat permohonan secara atas talian sehingga 30 Jun 2021 pada jam 12.00 tengah malam.

Struktur Pinjaman

Struktur pinjaman yang ditetapkan bagi usawahan yang memohon inisiatif ini adalah seperti berikut:

  • Jumlah Pinjaman: RM5,000.00
  • Tempoh Pinjaman: 3 Tahun atau 36 Bulan
  • Bayaran Bulanan: RM150.00
  • Caj Perkhidmatan: RM400.00
  • Jumlah Keseluruhan Bayaran Balik Pinjaman: RM5,400.00

Syarat Kelayakan

Usahawan yang berminat perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Pemohon berumur 18-60 tahun.
  2. Syarikat pemohon beroperasi di Negeri Kedah sahaja.
  3. Pemilik syarikat mestilah dilahirkan di Negeri Kedah.
  4. Permohonan terbuka kepada semua kaum.
  5. Syarikat pemohon sama ada Bumiputera dan Bukan Bumiputera layak memohon.
  6. Syarikat tersebut mestilah mempunyai keupayaan membayar balik pinjaman.
  7. Syarikat telah mendaftar perniagaan melalui SSM dan adalah milik sendiri.
  8. Hanya satu permohonan dari satu syarikat sahaja dibenarkan.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan IKSK Negeri Kedah, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://isejahtera.kedah.gov.my.
  2. Klik bahagian ‘Daftar Pengguna Baru.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  5. Setelah berjaya masuk, klik butang ‘Permohonan Baru.’
  6. Isi maklumat pemohon dan perniagaan dengan lengkap.
  7. Muat naik dokumen sokongan.
  8. Klik butang ‘Simpan’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa memohon adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon.
  2. Salinan akaun bank.
  3. Salinan bil utiliti.
  4. Salinan lesen permit/pendaftaran perniagaan yang masih aktif.
  5. Gambar premis perniagaan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan mengenai IKSK Negeri Kedah, sila hantar email ke alamat [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.