Advertisements

Permohonan Bantuan Zakat Khas COVID-19 PKP 3.0 Majlis Agama Islam N. Sembilan

Advertisements

Golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan bulanan serta terkesan akibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di Negeri Sembilan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah membuka permohonan bantuan iaitu Bantuan Zakat Khas COVID-19 PKP 3.0.

MAINS telah agensi yang ditubuhkan pada tahun 1949 yang berfungsi menasihati DYMM Tuanku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus selaku Ketua Agama dan juga mengendalikan urusan baitulmal, zakat, dan khairat di Negeri Sembilan.

Untuk makluman, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan PKP 3.0 pada 12 Mei 2021 iaitu sebelum umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri.

Namun susulan kes COVID-19 yang semakin meningkat dengan mendadak, kerajaan telah mengetatkan pelaksanaan PKP 3.0 dengan pelaksanaan total lockdown bermula 1 Jun hingga 14 Jun.

Oleh itu, pihak MAINS telah memperkenalkan bantuan ini bagi membantu golongan terjejas di Negeri Sembilan.

Syarat Permohonan

Bagi pemohon yang ingin memohon Bantuan Zakat Khas COVID-19 PKP 3.0, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

  1. Pemohon ialah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah beragama Islam.
  3. Permohon bermastautin di Negeri Sembilan.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan bantuan zakat ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan iaitu https://bit.ly/3p5UjBV.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap.
  3. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan berikut perlu dimuat naik semasa membuat permohonan iaitu:

  1. Kad pengenalan pemohon.
  2. Kad pengenalan pasangan (sekiranya berkahwin).
  3. Penyata akaun bank pemohon.

Soalan Lazim

Apakah tujuan Bantuan Zakat Khas COVID-19 PKP 3.0 ini diberikan?

Tujuan bantuan zakat ini diberikan adalah untuk membantu golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap secara bulanan serta terkesan dan terjejas pendapatan akibat wabak COVID-19 yang melanda seluruh negara.

Jika saya bermastutin di negeri Pahang, adakah saya boleh memohon bantuan zakat ini?

Tidak. Hanya mereka yang bermastautin di Negeri Sembilan sahaja layak untuk memohon bantuan zakat ini.

Saya tidak mempunyai akaun bank. Adakah saya masih boleh memohon bantuan zakat ini?

Ya namun pemohon perlu mempunyai akaun bank terlebih dahulu bagi memastikan penyaluran bantuan zakat ini dapat dilakukan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Zakat Khas COVID-19 PKP 3.0, sila hubungi pihak MAINS di talian 06-7620642.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.