Advertisements

Intipati PEMERKASA Plus: Senarai Bantuan Ketika PKP 3.0

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan bantuan terbaharu kepada rakyat Malaysia susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 iaitu Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus)

Untuk pengetahuan umum, kerajaan telah membuat keputusan untuk mengumumkan PKP 3.0 pada 12 Mei 2021 susulan kes jangkitan wabak COVID-19 yang semakin meningkat di seluruh negara kebelakangan ini.

Nilai keseluruhan program PEMERKASA Plus adalah berjumlah RM40 bilion ringgit yang mana suntikan langsung fiskal kerajaan adalah sebanyak RM5 bilion ringgit

Bantuan-bantuan yang diumumkan ini menerusi PEMERKASA Plus diharap mampu membantu golongan yang terjejas terutamanya golongan B40 dalam meneruskan kehidupan mereka ketika PKP 3.0 ini dilaksanakan.

Matlamat PEMERKASA Plus

Untuk makluman, terdapat 3 matlamat utama pelaksanaan PEMERKASA Plus iaitu:

  1. Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam
  2. Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
  3. Menyokong Kelangsungan Perniagaan

Matlamat Pertama: Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam

Menerusi matlamat ini, kerajaan telah mengumumkan beberapa bentuk bantuan melibatkan peruntukan sebanyak RM1 bilion iaitu:

  1. Peruntukan RM450 juta bagi meningkatkan kapasiti katil dan peralatan ICU bagi rawatan COVID-19, bukan sahaja di Hospital seliaan KKM tetapi juga di Hospital Pengajar Universiti Awam.
  2. Peruntukan RM550 juta untuk menampung keperluan perbelanjaan berkaitan COVID-19 pelbagai.
  3. Melanjutkan tempoh perkhidmatan lebih 14,000 pegawai perubatan dan jururawat lantikan kontrak sedia ada sehingga tahun 2022.

Matlamat Kedua: Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat

Bagi matlamat ini, kerajaan telah mengumumkan beberapa bantuan seperti:

  1. Menambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR yang akan dibayar pada penghujung Jun 2021:
    – Kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500, mereka akan menerima kadar BPR tambahan sebanyak RM500.
    – Kategori isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000 akan menerima kadar sebanyak RM300.
    – Individu bujang pula akan menerima RM100.
  2. Kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan bagi golongan B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP.
  3. Peruntukan RM1 bilion bagi Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi.
  4. Penerusan program MARA PRIHATIN Peace of Mind yang dibuka sehingga 31 Julai 2021.
  5. Pelanjutan Program Subsidi Upah selama 1 bulan bagi semua sektor ekonomi yang terkesan dengan kos RM1.5 dengan had 500 pekerja bagi setiap permohonan, ditanggung oleh Kerajaan.
  6. Pengecualian pembayaran levi selama satu bulan pada bulan Jun 2021 bagi majikan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad.

Matlamat Ketiga: Menyokong Kelangsungan Perniagaan

Kerajaan mengumumkan beberapa bantuan menerusi matlamat ini iaitu:

  1. Penambahan kadar Geran Khas Prihatin (GKP) kepada RM1,500.
  2. Pembiayaan sebanyak RM1.5 bilion ringgit bagi pembiayaan mikro kredit oleh BSN, TEKUN, MARA, SME Corp. dan YAPEIM dengan kadar pembiayaan serendah 3%.
  3. Penambahan fasiliti Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar untuk PKS terjejas sebanyak RM2 bilion.
  4. Bantuan Khas secara one-off sebanyak RM500 kepada 17 ribu pemandu pelancong, 40 ribu pemandu teksi, 11 ribu pemandu bas sekolah, 4 ribu bas persiaran dan 62 ribu pemandu kereta sewa dan e-hailing.
  5. Lembaga Hasil Dalam Negeri akan mempertimbangkan rayuan pengenaan penalti dan menangguhkan pembayaran penalti ke tahun 2022.
  6. Pelanjutan untuk penghantaran penyata kewangan, pelaksanaan mesyuarat tahunan bagi syarikat awam yang tersenarai di Bursa Malaysia dan moratorium denda bagi penghantaran lambat dokumen berkanun oleh SSM.
  7. Pengecualian bayaran lewat untuk membaharui lesen perniagaan sehingga 31 Disember 2021 bagi PKS mikro serta perniagaan milikan tunggal dan perkongsian.
  8. Menambah baik Akta Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit COVID-19 atau Akta 829.
  9. Pemberian diskaun bil elektrik sebanyak 10% selama 3 bulan kepada pengendali hotel, agensi pengembaraan dan pelancongan, premis dan kompleks membeli belah, pusat-pusat konvensyen, taman tema dan pejabat syarikat penerbangan tempatan.
  10. Potongan khas kepada pemilik bangunan dan ruang perniagaan yang menawarkan pengurangan sewa premis perniagaan kepada PKS dan bukan PKS untuk tempoh 6 bulan lagi sehingga 31 Disember 2021 bagi pengurangan sewa sekurang-kurangnya 30% daripada kadar sewa semasa.
  11. Pelanjutan dan pengecualian duti setem Kempen Pemilikan Rumah (HOC) sehingga 31 Disember 2021.
  12. Melanjutkan pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang CKD dan CBU import hingga 31 Disember 2021.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai setiap bantuan, sila rujuk kepada laman web Kementerian Kewangan iaitu https://www.mof.gov.my/ms/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.