Advertisements

Permohonan DanaNITA MARA: Skim Pembiayaan Perniagaan Wanita

Usahawan wanita di seluruh negara yang memerlukan pembiayaan perniagaan, Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa usahawan wanita untuk memohon Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA).

Menerusi DanaNITA ini, pemohon yang layak akan menerima pembiayaan perniagaan sehingga RM50,000.

Terdapat dua tujuan utama DanaNITA ini diwujudkan kepada usahawan wanita iaitu:

  • Memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah
  • Pembiayaan khusus kepada usahawan wanita Bumiputera bagi tujuan mengembangkan perniagaan

Sehingga kini, untuk tahun 2021 seramai 100 usahawan wanita telah menerima manfaat skim DanaNITA ini melibatkan peruntukan sebanyak lebih RM3 juta.

Skop Pembiayaan

Terdapat 2 skop pembiayaan menerusi skim DanaNITA ini iaitu:

  • Modal Pusingan
  • Pembelian Mesin dan Peralatan

Tempoh Pembiayaan & Kadar Keuntungan

Tempoh pembiayaan bagi skim DanaNITA ini adalah daripada 1 hingga 10 tahun atau 12 hingga 120 bulan.

Kadar keuntungan yang ditetapkan menerusi skim ini pula adalah sebanyak 4%.

Jaminan/Cagaran

Bagi pemohon yang ingin memohon skim DanaNITA ini, mereka perlu mempunyai jaminan atau cagaran iaitu:

  • Jaminan: Seorang penjamin atau lebih yang berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% daripada jumlah yang dipohon; atau
  • Cagaran: Cagaran tanah dengan Nilai Paksa (Forced Sale Value) sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah yang dipohon; atau
  • Gabungan kedua-duanya sekali; atau
  • Simpanan Tetap: Simpanan Tetap berkonsep Islam (General Investment Account) yang berdasarkan 10% dari nilai pembiayaan.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan melalui skim DanaNITA ialah seperti:

  1. Warganegara dan Bumiputera.
  2. Berumur 18 hingga 60 tahun.
  3. Berpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi.
  4. Mempunyai Daftar Perniagaan yang sah (SSM).
  5. Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan online).
  6. Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  7. Menjalankan perniagaan sepenuh masa.
  8. Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari 6 bulan.
  9. Memiliki akaun simpanan yang aktif bagi tempoh 6 bulan terkini.
  10. Perniagaan patuh Syariah.
  11. Bebas dari senarai hitam MARA.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan DanaNITA, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/public/frmlogin_pembiayaan.aspx.
  2. Klik bahagian ‘Daftar pengguna baharu.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Daftar.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Buat permohonan dan hantar permohonan
  6. Cetak salinan permohonan
  7. Hantar salinan permohonan dan dokumen sokongan ke pejabat MARA daerah yang berhampiran.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang diperlukan boleh dirujuk melalui pautan http://aplikasi.mara.gov.my/myusahawan/documentation/senarai_semak_pembiayaan.pdf.

Setiap dokumen sokongan yang dikemukakan adalah sebanyak 3 salinan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai DanaNITA MARA ini, sila hantar email ke alamat [email protected].

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.