Advertisements

Permohonan Bantuan Kit Makanan Keluarga B40 Dikuarantin W.P Labuan

Advertisements

Penduduk Wilayah Persekutuan Labuan daripada keluarga B40 yang sedang dikuarantin kini boleh membuat permohonan menerusi Bantuan Kit Makanan yang disalurkan melalui Perbadanan Labuan.

Untuk makluman, Perbadanan Labuan adalah agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan pada 1 Julai 2001 sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Wilayah Persekutuan Labuan.

Disebabkan wabak COVID-19 semakin meningkat di seluruh dan orang ramai yang dikuarantinkan semakin bertambah, Perbadanan Labuan mewujudkan inisiatif Bantuan Kit Makanan ini bagi membantu golongan B40 di Wilayah Persekutuan Labuan yang sedang dikuarantin.

Bantuan ini diharap dapat membantu mereka daripada golongan B40 dalam aspek bantuan makanan ketika mereka sedang dikuarantin.

Permohonan bantuan ini telah dibuka kepada orang ramai mulai 26 Mei 2021 iaitu pada hari Rabu.

Syarat Permohonan

Bagi pemohon yang ingin memohon bantuan ini, mereka perlu memenuhi syarat-syarat permohonan:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Keluarga daripada golongan B40
  3. Keluarga tersebut terjejas akibat kuarantin
  4. Permohonan mestilah dibuat daripada Keluarga Isi Rumah (KIR)

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah mudah berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Pemohon perlu membuat panggilan ditalian 087-408758.
  2. Selepas panggilan disambungkan, maklumkan kepada urusetia mengenai permohonan Bantuan Kit Makanan.
  3. Berikan maklumat yang diperlukan kepada pihak urusetia.
  4. Pemohon yang layak akan menerima bantuan ini yang disalurkan terus ke rumah pemohon.

Perlu diambil perhatian bahawa panggilan hanya boleh dibuat mulai jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang sahaja.

Soalan Lazim

Jika pemohon bukan daripada warganegara Malaysia, adalah pemohon boleh membuat permohonan Bantuan Kit Makanan ini?

Tidak. Hanya pemohon daripada warganaegara Malaysia sahaja boleh memohon bantuan ini.

Adakah bantuan ini diberikan hanya kepada B40 yang sedang dikuarantin?

Ya. Bantuan ini hanya diberikan kepada keluarga B40 yang sedang dikuarantin.

Apakah jenis bantuan yang disalurkan melalui Bantuan Kit Makanan ini?

Bantuan yang disalurkan melalui Bantuan Kit Makanan ini adalah bantuan makanan asas seperti beras, minyak masak, tepung, dan lain-lain lagi.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan mengenai bantuan ini, sila hubungi Hotline Perbadanan Labuan ditalian 087-408758 atau melayari https://www.pl.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.