Advertisements

Pemerkasa: Bantuan B40 Kehilangan Pendapatan One-Off RM500

Advertisements

Kepada golongan B40, kerajaan hari ini mengumumkan bantuan terbaharu bagi meringankan beban golongan tersebut menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) yang diumumkan hari ini.

Untuk makluman, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini telah mengumumkan Pakej Pemerkasa yang bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia mendapani cabaran pandemik COVID-19 yang masih melanda negara sehingga hari ini.

Pelaksanaan Pakej Pemerkasa ini membabitkan peruntukan sebanyak RM20 bilion dengan suntikan fiskal baharu kerajaan adalah berjumlah RM11 bilion.

Terdapat 5 fokus utama pelaksanaan Pemerkasa yang telah diumumkan iaitu:

  • Mengawal Penularan COVID-19
  • Memacu Pemulihan Ekonomi
  • Memperkukuhkan Daya Saing Negara
  • Memastikan Agenda Keterangkuman Wilayah dan Masyarakat
  • Mentransformasi Ekonomi

Jumlah Bantuan

Di bawah fokus Memastikan Agenda Keterangkuman Wilayah dan Masyarakat, kerajaan telah mengumumkan pemberian bantuan tunai kepada golongan B40 secara one-off dengan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion.

Bantuan tersebut merangkumi pemberian sebanyak RM500 kepada golongan B40 yang telah kehilangan pekerjaan.

Selain itu, kerajaan turut mengumumkan bantuan tambahan sebanyak RM500 kepada penerima BPR yang berpendapatan sebanyak RM1000 dan ke bawah.

Tarikh Agihan Bantuan

Setakat ini, Perdana Menteri memaklumkan bahawa bantuan tersebut akan diberikan mulai Jun 2021.

Dianggarkan seramai 2.4 juta penerima akan menerima manfaat daripada bantuan tersebut.

Proses Agihan Bantuan

Pemberian bantuan B40 ini tidak melibatkan sebarang permohonan baharu yang memerlukan permohonan daripada pemohon.

Penerima yang berumum 21 hingga 60 tahun akan disaring kelayakan mereka oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai bantuan B40 ini akan diperincikan oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia menerusi laman web https://www.mof.gov.my/ dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.




Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.