Advertisements

GKP 3.0 Pemerkasa: Tarikh Permohonan Dibuka (1 April 2021)

Advertisements

Usahawan mikro dan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) di seluruh negara boleh membuat permohonan baharu untuk Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0 yang akan dibuka mulai 1 April 2021.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa), usahawan yang layak akan menerima bantuan tunai one-off sebanyak RM1000 menerusi GKP 3.0.

Untuk makluman, Pakej Pemerkasa telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 17 Mac 2021 yang bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia mendapani cabaran pandemik COVID-19 yang masih melanda negara sehingga hari ini.

Kerajaan menganggarkan GKP 3.0 ini akan memanfaatkan lebih 1 juta usahawan di seluruh Malaysia yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Apakah Itu GKP?

GKP adalah bantuan kewangan yang diberikan secara one-off kepada PKS mikro yang berkelayakan yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh negara

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan 2 siri GKP iaitu GKP 1.0 dan GKP 2.0 yang mana kerajaan telah memberikan bantuan tunai one-off sebanyak RM3,000.

Di bawah Pakej Pemerkasa, kerajaan bersetuju untuk meneruskan GKP dengan memperkenalkan GKP 3.0 dengan bantuan sebanyak RM1,000.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Syarat Kelayakan GKP

Pemohon yang ingin memohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti:

  1. Pemohon bukan penerima GKP sebelum ini.
  2. Pemohon iaitu pemilik PKS mikro terbabit mestilah warganegara Malaysia.
  3. Pemohon masih lagi aktif menjalankan perniagaan dan perniagaan belum ditutup.
  4. Jumlah jualan atau perolehan tahunan perniagaan pemohon adalah kurang daripada RM300,000.
  5. Jumlah pekerja sepenuh masa yang ada di dalam perniagaan adalah tidak melebihi 5 orang dan tidak termasuk pemilik perniagaan.

Syarat lain yang ditetapkan adalah berdaftar dengan beberapa agensi yang berkaitan seperti:

  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020.
  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020.

Cara Memohon

Pemohon yang ingin membuat permohonan boleh melakukan perkara tersebut menerusi laman web https://gkp.hasil.gov.my mulai 1 April 2021

Proses Pembayaran

Bagi permohonan yang berjaya, bantuan tunai tersebut akan dikreditkan terus ke akaun pemohon.

Oleh itu, pemohon perlu memastikan bahawa akaun bank yang didaftarkan mestilah masih aktif bagi mengelakkan sebarang masalah.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut mengenai GKP 3.0, sila hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/603-8911 1100 (Luar Negara).

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.