Advertisements

GKP Tambahan PERMAI: Semakan Status & Tarikh Pembayaran

Advertisements

Bagi penerima yang telah menerima Geran Khas Prihatin (GKP) 1.0 dan 2.0 sebelum ini, anda boleh membuat semakan status kelulusan bagi GKP Tambahan menerusi Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI).

PERMAI adalah pakej rangsangan ekonomi yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 18 Januari 2021 yang lalu yang merangkumi pelaksanaan 22 inisiatif termasuklah pelaksanaan GKP Tambahan.

Kementerian Kewangan Malaysia dalam satu kenyataan menyatakan, permohon yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 25 Mac 2021 melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM883 juta.

Ini bermakna, pihak kerajaan sudah membelanjakan sebanyak RM3.58 bilion bagi pelaksanaan GKP 1.0, 2.0 dan Tambahan melibatkan sebanyak 900,000 orang usahawan PKS dan Mikro di seluruh negara.

Apakah Maksud GKP Tambahan?

Di bawah PERMAI, Perdana Menteri telah mengumumkan bantuan kewangan GKP Tambahan iaitu bantuan kewangan one-off sebanyak RM1,000 kepada usahawan PKS dan Mikro di 12 negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada bulan Januari dan Februari.

Bagi negeri bukan PKP pula, kerajaan akan memberikan bantuan kewangan one-off sebanyak serta RM500 kepada usahawan PKS dan Mikro di negeri tersebut.

Matlamat utama pelaksanaan GKP Tambahan adalah untuk meringankan beban kewangan perniagaan ekoran penularan wabak COVID-19 dan bagi juga meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan usahawan PKS dan juga Mikro.⠀

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Syarat Kelayakan Penerima GKP

Untuk makluman, terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh usahawan untuk menerima GKP iaitu:

  • Usahawan iaitu pemilik PKS Mikro tersebut ialah warganegara Malaysia
  • Usahawan tersebut masih aktif menjalankan perniagaan dan perniagaan mereka belum ditutup.
  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan perniagaan usahawan tersebut adalah kurang daripada RM300,000.
  • Jumlah pekerja sepenuh masa yang ada di dalam perniagaan adalah tidak melebihi 5 orang dan tidak termasuk pemilik perniagaan.

Selain itu, beberapa syarat lain yang ditetapkan adalah berdaftar dengan beberapa agensi yang berkaitan seperti:

  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020.
  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020.

Cara Membuat Semakan

Bagi usahawab yang ingin membuat semakan GKP Tambahan, sila ikuti langkah-langkah yang berikut:

  1. Layari laman web https://gkp.hasil.gov.my/.
  2. Masukkan no. kad pengenalan.
  3. Tekan logo ‘Kanta’ di bahagian kanan.
  4. Masukkan angka Captcha dan klik butang ‘Semak.’
  5. Keputusan GKP Tambahan dipaparkan.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Rayuan GKP Tambahan, sila hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/603-8911 1100 (Luar Negara).

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.