Anak-anak Pulau Pinang yang menyambung pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) adalah dialu-alukan untuk memohon Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Tahun 2021.
Untuk makluman, Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai E-Minhah diwujudkan oleh Zakat Pulau Pinang yang bernaung di bawah MAINPP.
Zakat Pulau Pinang telah ditubuhkan pada tahun 1994 yang mana peranan agensi ini adalah mengumpulkan zakat fitrah dan mengagihkan dana zakat di negeri Pulau Pinang kepada para asnaf yang memerlukan.
Oleh itu, Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang diberikan bagi membantu para pelajar yang sedang menyambung pengajian mereka yang dikategorikan sebagai Asnaf Fisabilillah.
Permohonan bagi bantuan ini telah dibuka secara atas talian dan akan ditutup pada 15 April 2021 jam 11.59 malam.
Peringkat Pengajian
Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat berikut layak untuk memohon bantuan ini:
- Diploma
- Ijazah Sarjana Muda
- Ijazah Sarjana
- Ijazah Doktor Falsafah
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang dikenakan kepada pelajar yang ingin memohon Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang ini adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah beragama Islam.
- Pemohon ialah warganegara Malaysia.
- Pemohon telah bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya selama 3 bulan.
- Pemohon tidak menerima bantuan tajaan pembiayaan atau biasiswa mana-mana pihak kecuali Perbadanan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Bantuan Kewangan Negeri Pulau Pinang.
Cara Memohon
Pelajar yang berminat boleh membuat permohonan menerusi cara-cara berikut:
- Layari laman web https://zakatpenang2u.com/.
- Klik bahagian ‘Bantuan Zakat.’
- Klik bahagian ‘Permohonan Bantuan.’
- Kemudian, klik bahagian ‘Dermasiswa Pengajian.’
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan dengan tepat dan betul
- Klik butang ‘Hantar’ setelah selesai melengkapkan borang permohonan tersebut.
Soalan Lazim
Ya. Anda perlu membuat permohonan menerusi https://zakatpenang2u.com/.
Boleh. Pemohon yang menetap di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan layak untuk memohon.
Tidak. Pemohon mestilah sedang melanjutkan pengajian di peringkat diploma dan ke atas sahaja.
Ya. Penerima bantuan PTPTN adalah layak untuk memohon Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang, sila hubungi Bahagian Dermasiswa Pengajian, Zakat Pulau Pinang, MAINPP di talian 04-549 8088/125/155 atau menghantar email ke [email protected].