Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memperkenalkan bantuan terbaharu kepada mereka yang ingin memulakan atau mengembangkan perniagaan iaitu bantuan Musa’adah Tijariyyah.
Bantuan Musa’adah Tijariyyah adalah bantuan modal yang diberikan kepada mana-mana individu yang ingin memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka.
Tujuan bantuan ini diberikan adalah untuk menggalakkan lebih ramai umat Islam untuk terlibat di dalam bidang perniagaan dan juga memajukan perniagaan usahawan yang sedia ada khususnya ketika wabak COVID-19 melanda negara.
Bagi pemohon yang layak, mereka perlu mengikuti kursus perniagaan yang disediakan oleh pihak MAIWP sebelum penyaluran bantuan dilakukan.
Permohonan bantuan Musa’adah Tijariyyah telah dibuka kepada orang ramai mulai 25 Mac 2021 dan akan ditutup pada 5 April 2021.
Syarat Kelayakan
Pemohon yang ingin memohon bantuan ini perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:
- Pemohon ialah beragama Islam.
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya 1 tahun
- Tektakluk kepada had kifayah.
- Mempunyai pendaftaran SSM selama 2 bulan dan ke atas.
- Bukan penerima bantuan Perniagaan Baitulmal MAIWP dalam tempoh 6 bulan terkini.
Lokasi/Tapak Perniagaan Yang Dibenarkan
Lokasi atau tapak yang dibenarkan bagi usahawan yang ingin memohon bantuan Musa’adah Tijariyyah adalah seperti berikut:
- Premis perniagaan dibenarkan sama ada di dalam/luar Wilayah Persekutuan.
- Premis atau kedai yang berada di luar Wilayah Persekutuan boleh dipertimbangkan bagi kes-kes seperti berikut:
i) Perniagaan bergerak.
ii) Premis berada di kawasan Lembah Klang/Kuala Lumpur/Selangor.
Perniagaan Yang Dibenarkan
Perniagaan yang dibenarkan untuk memohon bantuan bantuan Musa’adah Tijariyyah adalah seperti:
- Makanan dan minuman.
- Barangan kering seperti pakaian, kasut, aksesori, produk kecantikan, dan bahan bacaan ilmiah.
- Perkhidmatan seperti gunting rambut, salun dan spa kecantikan, wirering, dan urutan.
- Produk-produk yang bercanggah dengan hukum syarak tidak dipertimbangkan.
Cara Memohon
Pemohon yang ingin memohon bantuan Musa’adah Tijariyyah menerusi dua kaedah berikut iaitu:
Secara Online:
- Layari laman web https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-tijariyyah/app_Login/.
- Klik pada bahagian ‘Pengguna Baru.’
- Isi maklumat diri dengan lengkap dan klik butang ‘Daftar.’
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Isi maklumat dengan lengkap dan betul.
- Muat naik dokumen sokongan.
- Selesai membuat permohonan.
Hadir ke Pejabat
- Muat turun borang permohonan di https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-tijariyyah/assets/borang.pdf.
- Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
- Sediakan dokumen sokongan.
- Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan ke:
i) Aras 1, Bahagian Baitulmal MAIWP, Kuala Lumpur
ii) Pusat-pusat Agihan Zakat (PAZA) MAIWP
iii) Kaunter MAIWP Putrajaya, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya
iv) Kaunter MAIWP Labuan, Kompleks Ujana Kewangan
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan berikut perlu dihantar bersama borang permohonan iaitu:
- Satu salinan kad pengenalan pemohon.
- Satu salinan kad pengenalan pasangan.
- Satu penyata gaji/pencen/PERKESO/surat akuan sumpah pendapatan terkini pemohon.
- Satu penyata gaji/pencen/PERKESO/surat akuan sumpah pendapatan terkini pasangan.
- Satu salinan Cukai Pintu atau Bil Utiliti tempat tinggal terkini.
- Satu Salinan sijil pendaftaran perniagaan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang mengandungi muka depan sijil, maklumat pemilik terkini dan maklumat perniagaan yang masih aktif sekurangnya dalam tempoh 2 bulan.
- Satu Salinan penyata akaun/surat pengesahan akaun bank individu yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir/terkini (kecuali Tabung Haji dan ASB) bagi tujuan pembayaran.
Keputusan Permohonan
Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan oleh pihak MAIWP melalui SMS.
Jika pemohon tidak mendapat sebarang maklumat dalam masa 30 hari, permohonan tersebut dianggap sebagai tidak berjaya.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai bantuan Musa’adah Tijariyyah sila hubungi pihak MAIWP di talian 011-6254 2728.