Ushawan muda atau agropreneur muda yang ingin mendapatkan pembiayaan bagi menjalankan bidang pertanian, Agrobank Malaysia kini memperkenalkan satu skim bagi membantu agropreneur di Malaysia iaitu Skim Pembiayaan Agropreneur Muda atau Agro-Youth Entrepreneur Scheme (AGRO-YES).
Untuk makluman, Agrobank adalah institusi perbankan yang ditubuhkan pada tahun 1969 yang fokus utama adalah kepada pembangunan industri pertanian berpandukan dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).
Oleh itu, AGRO-YES adalah merupakan salah satu produk Agrobank bagi membantu agropreneur muda mendapatkan pembiayaan bagi menjalankan dan mengembangkan aktiviti pertanian mereka.
Antara matlamat pelaksanaan AGRO-YES seperti yang ditetapkan adalah untuk:
- Menarik minat golongan muda berumur di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian.
- Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai industri yang berdaya maju.
- Membantu meningkatkan pendapatan usahawan muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti, teknologi dan inovasi serta pasaran yang kompetitif.
- Menjadikan industri agromakanan sebagai salah satu bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan selaras dengan Dasar Agromakanan Negara.
Skop Pembiayaan
Skop pembiayaan yang layak untuk memohon pembiayaan AGRO-YES adalah:
- Tanaman
- Perikanan
- Ternakan
- Industri Asas Tani
- Pemasaran
- Perkhidmatan dan input sokongan pertanian
- Agropelancongan
Jumlah & Tempoh Bayaran Balik
Menerusi AGRO-YES ini, agropreneur muda yang layak akan menerima bantuan pembiayaan daripada Agrobank adalah antara RM50,000 hingga RM200,000.
Pembiayaan balik yang ditetapkan kepada pemohon adalah selama 7 tahun atau 84 bulan dengan kadar keuntungan semasa adalah sebanyak 2% setahun.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan bagi pemohon yang ingin memohon pembiayaan AGRO-YES adalah seperti berikut:
- Pemohon merupakan individu warganegara Malaysia.
- Pemohon adalah berumur minimum 18 sehingga 40 tahun semasa permohonan pembiayaan dilakukan.
- Pemohonan terbuka kepada Individu, Syarikat Pemilikan Tunggal/Enterprise, Perkongsian dan Syarikat Sendirian Berhad.
- Pemohon hendaklah berdaftar dengan Unit Agropreneur Muda sebelum membuat permohonan pembiayaan (Pendaftaran dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang terdapat di cawangan Agrobank)
– Untuk Syarikat Pemilikan Tunggal/Enterprise, perkongsian
Sekurang-kurangmya seorang rakan kongsi dikehendaki berdaftar dengan UAM
– Bagi Syarikat Sendirian Berhad, sekurang-kurangnya seorang Ahli Lembaga Pengarah perlu berdaftar dengan UAM. - Pemohon perlu terlibat secara langsung dalam projek atau menguruskan projek tersebut.
- Skop pembiayaan adalah tertakluk kepada program pakej pertanian seperti yang telah ditetapkan di bawah Projek Usahawan Tani Muda.
- Pembiayaan bagi projek baru adalah tidak dibenarkan di bawah program ini.
- Projek yang akan dibiayai hendaklah projek yang telah beroperasi melebihi 12 bulan atau 1 tahun.
Cara Memohon
Pemohon yang berminat untuk memohon pembiayaan AGRO-YES, permohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan Agrobank yang terdekat.
Senarai cawangan Agrobank boleh dilihat melalui pautan https://www.agrobank.com.my/my/home/contacts/branch-atm-locator/.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai pembiayaan AGRO-YES, sila hubungi Pusat Panggilan Agrobank di talian 1-300-88-2476 atau melayari laman sesawang rasmi https://www.agrobank.com.my.