Advertisements

Permohonan SPIN TEKUN: Bantuan Sektor Informal Sehingga RM5,000

Bagi usahawan sektor informal yang memerlukan bantuan pembiyaan, anda boleh memohon inisiatif daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) Nasional iaitu Skim Pembiayaan Informal (SPIN).

Untuk makluman, sektor informal ialah pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mana-mana badan profesional, termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

SPIN telah dilancarkan oleh Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada 21 Disember tahun lalu yang bermatlamat untuk memberikan manfaat kepada 10,000 usahawan sektor informal di seluruh negara.

Objektif pelaksanaan SPIN adalah untuk membantu usahawan yang tidak mempunyai lesen SSM atau PBT bagi memulih dan memulakan perniagaan ketika negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19.

Menerusi pelaksanaan SPIN, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM50 juta bagi pelaksanaan skim ini.

Matlamat Pembiayaan

Matlamat pembiayaan SPIN yang diperkenalkan oleh TEKUN Nasional adalah untuk:

  • Membantu usahawan sektor informal yang terjejas akibat pendemik wabak COVID-19 yang melanda negara.
  • Membantu usahawan informal yang kurang mendapat perhatian.
  • Menggalakkan usahawan sektor informal untuk mendaftar.
  • Membangunkan kapasiti dan daya saing usahawan.
  • Mendorong untuk anjakan daripada status perniagaan informal ke perniagaan berstatus mikro dan seterusnya ke kategori lebih tinggi.

Kadar Pembiayaan

Menerusi pembiayaan SPIN, ushawan sektor informal yang layak akan mendapat pembiayaan antara RM1,000 dan RM5,000.

Tempoh Bayaran Balik

Tempoh bayaran balik yang ditetapkan oleh TEKUN Nasional bagi pembiayaan SPIN adalah 3 tahun atau 36 bulan.

Kadar keuntungan yang ditetapkan pula adalah sebanyak 4% setahun.

Syarat Pembiayaan

Usahawan yang ingin memohon SPIN perlu memenuhi syarat-syarat pembiayaan seperti berikut:

  1. Pemohon ialah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon ialah Bumiputera dan Masyarakat India yang mempunyai perniagaan sah.
  3. Pemohon mempunyai bukti perniagaan yang dijalankan.

Cara Memohon

Usahawan sektor informal yang ingin memohon SPIN perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun borang-borang berikut.
    JPP Borang 02 – Borang Permohonan Pembiayaan TEKUN
    JPTT Borang 03 – Borang Permohonan Pembiayaan Ulangan, Bertindih atau Berasingan Skim TEMAN TEKUN
    JPTT Borang 04 – Surat Pengesahan Perniagaan
  2. Isi borang-boranng tersebut dengan lengkap.
  3. Hantar borang-borang tersebut ke pejabat TEKUN Nasional yang berhampiran.

Senarai lokasi pejabat TEKUN Nasional di seluruh negara boleh dirujuk melalui link berikut https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/.

Soalan Lazim

Apakah jenis-jenis perniagaan yang boleh dipohon melalui SPIN?

Semua jenis perniagaan yang sah disisi undang-undang dan patuh syariah layak memohon SPIN.

Berapa lamakah proses kelulusan SPIN?

Proses kelulusan adalah dalam masa 7 hari bekerja. 

Adakah pembiayaan saya dilindungi insurans?

Pembiayaan SPIN dilindungi oleh Insuran Takaful dengan syarat masih dalam tempoh pembiayaan.

Adakah pembiayaan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Tempatan layak memohon?

Layak. Pemohon perlu mendapatkan kelulusan lesen/permit daripada Majlis Perbandaran Tempatan.

Info & Maklumat Lanjut

Untuk info dan maklumat lanjut mengenai SPIN, sila hubungi talian Khidmat Pelanggan TEKUN Nasional 03-90588550 atau layari laman web di  https://www.tekun.gov.my

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.