Permohonan Penangguhan Bayaran Balik TEKUN Nasional

TEKUN Nasional telah membuka permohonan bagi usahawan di bawah pembiayaan TEKUN Nasional yang ingin memohon penangguhan bayaran balik TEKUN.

Untuk makluman, TEKUN Nasional ialah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang ditubuhkan pada 9 November 1998.

Matlamat TEKUN Nasional ditubuhkan ialah menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.

Disebabkan kesan wabak COVID-19 yang masih memberikan kesan kepada para usahawan, TEKUN Nasional telah menawarkan penangguhan bayaran balik kepada para usahawa selama 3 bulan lagi iaitu pada bulan September hingga November 2020.

Sebelum ini, para usahawan telah diberikan peluang penangguhan pembiayaan balik selama 6 bulan iaitu bermula pada bulan Mac hingga Ogos 2020.

Tarikh akhir permohonan penangguhan bayaran balik TEKUN Nasional adalah sehingga 30 September 2020.

Sebagai usahawan, anda juga layak memohon GKP 2.0 sebanyak RM3,000.

Syarat Kelayakan Penangguhan Bayaran Balik TEKUN

Syarat kelayakan usahawan yang ingin memohon penangguhan bayaran balik TEKUN Nasional ialah:

  • Usahawan yang masih dalam tempoh pembiayaan
  • Pembiayaan tidak tertunggak melebihi 6 bulan pada 29 Februari 2020.

Cara Memohon Penangguhan Bayaran Balik

Bagu usahawan yang ingin memohon penangguhan bayaran balik, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pergi ke pejabat TEKUN cawangan yang terdekat. Senarai pejabat TEKUN cawangan boleh dirujuk melalui https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/.
  2. Dapatkan Borang JPBB/BORANG/13.
  3. Lengkapkan borang tersebut dengan betul dan tepat.
  4. Serahkan semula borang tersebut ke pejabat TEKUN cawangan berhampiran.

Perlu diingatkan bahawa TEKUN Nasional tidak pernah melantik mana-mana agen atau pihak ketiga untuk proses penambahan penangguhan ini.

Makluman tambahan, semua cek tertunda atau post dated cheque sepanjang tempoh tambahan ini akan ditangguhkan.

Cek ini akan ditunaikan mengikut urutan bermula Disember 2020 seperti jadual di bawah:

Soalan Lazim

Bolehkan saya memohon tambahan penangguhan ini bersekali dengan penjadualan semula?

Boleh. Usahawan boleh memohon penangguhan ini bersekali dengan penjadualan semula pembiayaan dengan melengkapkan Borang JPBB/BORANG/13. Walau bagaimanapun, usahawan yang telah menjadualkan semula pembiayaan menerusi PS 2.0 tidak boleh lagi menjadualkan lagi pembiayaan mereka.

Adakah semua produk pembiayaan TEKUN boleh memohon tambahan penangguhan ini?

Semua produk pembiayaan layak memohon kecuali Kontrak-i, Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaa Mikro-COVID (CBRM), semua Skim Mobilepreneur dan Skim Pemulihan Perniagaa Tekun (TBRS).

Bolehkah saya meneruskan pembayaran seperti biasa sepanjang tempoh tambahan penangguhan ini?

Boleh. Usahawan boleh meneruskan pembayaran menerui Aplikasi TEKUN Pay (mobile apps), perbankan internet, CDM, dan saluran pembayaran TEKUN yang lain.

Adakah rekod pembayaran balik saya terjejas dengan penangguhan ini?

Tidak. Rekod pembayaran balik usahawa tidak terjejas dengan penangguhan ini.

Adakah saya dikenakan sebarang caj kerana tambahan penangguhan ini?

Tiada sebarang caj dikenakan sepanjang tambahan penangguhan ini.

Apakah yang saya perlu buat selepas berakhirnya tempoh 3 bulan tambahan penangguhan tersebut?

Setelah tamat penangguhan, pembayaran balik pembiayaan perlu dibuat seperti biasa mulai Disember 2020.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai penangguhan bayaran balik TEKUN Nasional boleh dibuat melalui https://fems.tekun.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.