Pemandu teksi, bas, dan E-hailing di seluruh negara boleh menyemak bantuan one-off yang diumumkan oleh kerajaan sebanyak RM500 menerusi Pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI).
Untuk makluman, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumuman Pakej PERMAI pada 18 Januari yang lalu telah memaklumkan bantuan khas kepada 118,000 pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan E-hailing akan diberikan melibatkan peruntukan sebanyak RM66 juta.
Pemberian bantuan ini dilakukan bagi membantu pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan E-hailing yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Semakan bagi Bantuan PERMAI ini perlu dibuat melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
Penerima PRIHATIN 2020
Kementerian Pengangkutan Malaysia memaklumkan bahawa pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan E-hailing yang telah menerima bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) akan terus layak menerima bantuan one-off ini tanpa melalui saringan kelayakan.
Wlaau bagaimanapun, hanya saringan lesen yang akan dijalankan bagi memastikan lesen mereka masih dalam tempoh sah laku.
Syarat Kelayakan
Untuk menerima Bantuan PERMAI sebanyak RM500 ini, pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan E-hailing ini perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.
Bagi pemantu teksi, syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Pemandu teksi yang menerima Bantuan PRIHATIN RM600 pada tahun 2020; atau
- Pemegang Kad Pemandu yang dikeluarkan oleh APAD dan masih sah laku sehingga pada 13 Januari 2021;
- Lesen pengendali dan Lesen PSV masih dalam tempoh sah laku
- Pemandu tidak menerima bantuan untuk pemandu E-hailing RM500 di bawah inisiatif sama.
Untuk pemandu E-hailing pula, syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Pemandu perlu berdaftar dengan mana-mana operator E-hailing yang sah.
- Pemandu memiliki Lesen Vokasional (PSV) yang masih sah dalam tempoh sahlaku dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
- Kenderaan yang dipandu telah dilesenkan dengan Permit Kenderaan E-Hailing (EVP) di bawah APAD.
- Pemandu tersebut mestilah berpendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM700 berdasarkan jumlah kutipan tambang bulan Oktober, November, dan Disember 2020.
- Pemandu tidak menerima bantuan untuk pemandu teksi RM500 bagi bantuan yang sama.
Syarat kelayakan bagi pemandu bas sekolah untuk penerima bantuan ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Pemandu memiliki Lesen Memandi Kelas D atau E atau kedua-dua sekali yang masih dalam tempoh sah laku.
- Pemandu memiliki Pemandu memiliki Lesen Vokasional (PSV) yang masih sah dalam tempoh sahlaku dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
- Pemandu bekerja dengan syarikat yang memiliki Lesen Pengendali dan Permit Kenderaan yang dalam tempoh sahlaku dengan APAD pada 13 Januari 2021.
- Pemandu bas yang bekerja dengan Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri adalah tidak layak.
Selain itu, bagi syarat kelayakan untuk pemandu bas persiaran pula adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Pemandu berstatus lantikan tetap oleh syarikat serta mempunyai caruman PERKESO.
- Pemandu memiliki Pemandu memiliki Lesen Vokasional (PSV) yang masih sah atau Lesen E yang sah atau lesen yang lain yang berkenaan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
- Pemandu bekerja dengan syarikat yang memiliki Lesen TOBTAB yang masih dalam tempoh sahlaku dengan MOTAC pada 13 Januari 2021 serta mempunyai lesen kenderaan daripada APAD.
Proses Permohonan
Permohonan Bantuan PERMAI bagi pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan E-hailing akan dilakukan oleh syarikat operator atau syarikat pengendali kenderaan tersebut.
Ini bermakna, para pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan E-hailing tidak perlu membuat permohonan dan bantuan tersebut akan diberikan kepada mereka.
Walau bagaimanapun, bagi pemandu teksi yang menerima bantuan Pakej PRIHATIN 2020 dalam bentuk tunai dari Bank Simpanan Nasional (BSN), mereka perlu mendaftar maklumat di laman web http://permai2021.apad.gov.my/ bermula 16 Februari 2021.
Cara Membuat Semakan
Untuk membuat semakan kelayakan, pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan E-hailing boleh membuat semakan melalui langkah-langkah berikut:
- Layari laman web http://permai2021.apad.gov.my/.
- Pilih kategori permohonan.
- Masukkan no kad pengenalan.
- Klik butang ‘Semak.’
- Keputusan semakan kelayakan dipaparkan.
Tarikh Pembayaran
Bagi pembayaran bantuan one-off ini, pembayaran akan dilakukan secara auto kredit mulai 22 Februari 2021.
Namun, kepada pemandu teksi yang dikehendaki mendaftar di dalam portal http://permai2021.apad.gov.my/, pembayaran akan dibuat secara auto kredit mulai 15 Mac 2021.
Pertanyaan & Maklumat Lanjut
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi pihak APAD di talian 03-2603 6600 atau melayari laman web http://permai2021.apad.gov.my/.