Advertisements

Permohonan Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK) 2021

Advertisements

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Korperasi (MEDAC) mengalu-alukan para kontraktor bumiputera yang ingin mendapatkan bantuan wang pendahuluan untuk memulakan kerja kontrak atau Inden kerja untuk memohon Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK).

Untuk makluman, SKWAK telah ditubuhkan sejak tahun 1984 dengan peruntukan awal sebanyak RM5 juta sahaja.

Namun, peruntukan SKWAK telah meningkat setiap tahun bagi memastikan lebih ramai kontraktor bumiputera mendapat manfaat skim ini.

Matlamat pelaksanaan SKWAK adalah untuk membantu para kontraktor Bumiputera mendapatkan modal bagi memulakan sesuatu projek agar terus meningkat dengan lebih maju.

Selain itu, SKWAK dilaksanakan bagi mendukung agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera dalam industri pembinaan dan melahirkan lebih ramai kontraktor Bumiputera yang mampu bersaing di dalam negara.

Nilai Pinjaman SKWAK

SKWAK adalah skim berbentuk pinjaman yang mana jumlah pinjaman SKWAK tertakluk kepada maksimum 25% daripada Nilai Kerja Pembina.

Nilai Kerja Pembina atau Builder’s Work didefinisikan sebagai:

Nilai Kontrak Kerja ditolak (-) (Wang Peruntukan Sementara + Kos Prima + amaun jumlah Surat Ikatan Penyerahan Hak Kontraktor yang ditandatangani oleh kontraktor tersebut).

Pengagihan Dana & Bayaran Balik SKWAK

Pengagihan dana SKWAK akan dilakukan dengan 30% daripada nilai pinjaman yang diluluskan akan diagihkan kepada pembekal atau vendor Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK).

Bayaran balik pinjaman SKWAK akan dibuat dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) berdasarkan potongan daripada bayaran interim atau kemajuan projek kontraktor.

Syarat Kelayakan SKWAK

Para kontraktor yang berminat untuk memohon SKWAK perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:

  • Pemohon merupakan kontraktor Gred G1 hingga G5 yang berdaftar dengan CIDB.
  • Pemohon memiliki Sijil Taraf Bumiputera (STB) yang masih aktif.
  • Pemohon melaksanakan projek bernilai tidak melebihi RM5.0 juta.
  • Modal dan tenaga pengurusan dimiliki dan dikuasai oleh Bumiputera 100%.
  • Bagi kontraktor Gred G2 hingga G5, mereka perlu menerima SST daripada JKR bagi kerja-kerja Persekutuan sahaja dan nilai kerja yang tertakluk kepada had nilai menender.
  • Bagi kontraktor Untuk Gred G1, mereka perlu menerima inden kerja daripada JKR bagi kerja-kerja Persekutuan sahaja dan nilai bagi satu-satu kerja hendaklah lebih daripada RM100,000.00 dan tempoh siap kerja hendaklah tidak kurang daripada 8 minggu.
  • Pemohon tidak menerima wang pendahuluan atau pinjaman dari mana-mana institusi kewangan.
  • Subkontraktor adalah tidak layak memohon, kecuali subkontraktor yang dinamakan (NSC).
  • Pemohon mempunyai rekod kerja yang baik serta tidak terlibat dengan tindakan kesusahan berat kerana berhutang.

Syarat Pinjaman SKWAK

Selain itu, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat pinjaman SKWAK iaitu:

  • Permohonan yang diluluskan layak menerima pinjaman sebanyak 25% daripada Nilai Kerja Pembina atau Nilai Inden.
  • Pinjaman yang diluluskan hendaklah digunakan khusus untuk perbelanjaan yang berkaitan dengan kerja-kerja kontrak.
  • Pinjaman adalah bagi satu kerja sahaja pada sesuatu masa.
  • Peminjam hendaklah menguruskan sendiri kerja-kerja kontrak yang berkenaan dan tidak boleh sama sekali menyerahkan kerja-kerja itu kepada pihak-pihak lain.
  • Sekurang-kurangnya 30% nilai pinjaman diagihkan kepada pembekal Bumiputera.

Cara Memohon SKWAK

Bagi para kontraktor yang berminat untuk memohon SKWAK, permohonan boleh dilakukan melalui langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun borang permohonan melalui link berikut:
    – Kontraktor G1: https://www.medac.gov.my/admin/files/med/image/portal/PDF/bpku/SKWAK2021/01_Borang%20Permohonan%20SKWAK%20G1%20MEDAC_PKK.pdf
    – Kontraktor G2 hingga G5: https://www.medac.gov.my/admin/files/med/image/portal/PDF/bpku/SKWAK2021/01_Borang%20Permohonan%20SKWAK%20G2-G5%20MEDAC_PKK.pdf
  2. Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke Pejabat Cawangan PKK Negeri.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Borang permohonan pinjaman yang telah lengkap diisi.
  2. Surat Setuju Terima Tender (LA), bagi kontrak dimana pinjaman pendahuluan diperlukan atau Inden Kerja.
  3. Ringkasan tender.
  4. Surat Daftar Perniagaan (Borang A/B jika urusniaga kepunyaan perseorangan/perkongsian; atau Borang 24, Borang 29, 44 jika urus niaga jenis Sdn. Bhd.).
  5. Borang Pendaftaran Syarikat SSM (Borang D untuk milikan tunggal; Borang 9 untuk jenis Sdn. Bhd).
  6. Sijil Pendaftaran Kontraktor dari CIDB.
  7. Sijil Taraf Bumiputera dari PKK.
  8. Carta organisasi syarikat dan lampiran tapak projek yang telah diluluskan oleh JKR.
  9. Salinan penyata bulanan akaun bank bagi 3 bulan terakhir.
  10. Salinan penyata akaun tahunan syarikat yang terkini setelah diaudit dan disahkan oleh Pendaftar Syarikat.
  11. Membuat akuan sumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah atau Hakim Mahkamah Sesyen bahawa pemohon tidak ada menerima pinjaman kewangan dari bank/agensi lain.

Alamat PKK Cawangan Negeri

Pemohon boleh menghantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke alamat PKK Cawangan Negeri di bawah:

Negeri Alamat
Perlis Pusat Khidmat Kontraktor
Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
Cawangan Negeri Perlis
Tingkat 9, Bangunan Persekutuan
Persiaran Jubli Emas
01000 Kangar, Perlis.
Kedah Pusat Khidmat Kontraktor
Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
Cawangan Negeri Kedah
Wisma Persekutuan, Aras G, Zon C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Anak Bukit
06550 Bandar Muazzam Shah, Kedah.
Pulau Pinang Pusat Khidmat Kontraktor
Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
Cawangan Negeri Pulau Pinang
Tingkat 8, Bangunan Persekutuan
10400 Georgetown, Pulau Pinang.
Perak Pusat Khidmat Kontraktor
Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
Cawangan Negeri Perak
Tingkat 3, Blok A, Bangunan Persekutuan
Jalan Dato’ Seri Ahmad Said
30450 Ipoh, Perak.
Selangor Pusat Khidmat Kontraktor
Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
Cawangan Negeri Selangor
Tingkat 3, Fasa III, Kompleks PKNS
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Putrajaya Pusat Khidmat Kontraktor
Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
Cawangan Wilayah Persekutuan
Aras 5, Blok Podium, Menara Usahawan
No 18, Persiaran Perdana, Presint 2
62652 Putrajaya.
Negeri Sembilan Pusat Khidmat Kontraktor
Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
Cawangan Negeri Sembilan
Tingkat 3, Wisma Persekutuan
70503 Seremban
Negeri Sembilan Darul Ehsan.
Melaka Pusat Khidmat Kontraktor
Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
Cawangan Negeri Melaka
Aras 2, Wisma Persekutuan, Jalan Business City
Jalan Hang Tuah Jaya
75450 Ayer Keroh, Melaka.
Johor Pusat Khidmat Kontraktor
Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
Cawangan Negeri Johor
Tingkat 6, Blok B,
Wisma Persekutuan, Jalan Ayer Molek
80000 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Pahang Pusat Khidmat Kontraktor
Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
Cawangan Negeri Pahang
Tingkat 9, Wisma Persekutuan
Jalan Gambut
25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Terengganu Pusat Khidmat Kontraktor
Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
Cawangan Negeri Terengganu
Tingkat 3, Wisma Majlis Agama Islam
Jalan Banggol
20100 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Kelantan Pusat Khidmat Kontraktor
Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
Cawangan Negeri Kelantan
Lot 226D & E, Tingkat 1 & Bawah, Wisma Salma,
Jalan Langgar Off Jalan Sultan Yahya Petra
15200 Kota Bahru, Kelantan.
Sabah Pusat Khidmat Kontraktor
Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
Cawangan Negeri Sabah
Suite 5-04, 5th Floor
Menara MAA, Peti Surat 41
88000 Kota Kinabalu, Sabah.
Sarawak Pusat Khidmat Kontraktor
Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
Cawangan Negeri Sarawak
Tingkat 9, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga
93592 Kuching, Sarawak.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai SKWAK, sila hubungi 03-8880 5367/5399 atau melayari laman web rasmi MEDAC di talian https://www.medac.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.