Bermula 8 Mac 2021, para pencarum KWSP di seluruh negara kini boleh meminda amaun pengeluaran atau membatalkan pengeluaran kemudahan i-Sinar KWSP mereka yang telah mereka mohon sebelum ini.
Ini juga termasuklah permohonan baharu yang ingin dilakukan kepada para pencarum yang tidak pernah memohon kemudahan tersebut sebelum ini.
Pihak KWSP memaklumkan bahawa para pencarum boleh melakukan perkara-perkara tersebut mulai 8 Mac sehingga 30 Jun 2021 sahaja.
Semua permohonan tersebut boleh dilakukan secara atas talian di https://isinar.kwsp.gov.my/ tanpa perlu pergi ke mana-mana Pejabat KWSP untuk membuat permohonan.
Syarat Pindaan Pengeluaran
Para pencarum yang ingin membuat pindaan pengeluaran tertakluk kepada syarat pindaan pengeluaran iaitu:
- Permohonan pindaan hanya boleh dilakukan sekali sahaja.
- Jumlah pindaan adalah berdasarkan kelayakan maksimum ketika permohonan kali pertama di buat.
Oleh yang demikian, para pencarum perlu memastikan mereka membuat pindaan pengeluaran dengan betul bagi mengelakkan mereka tidak mendapat amaun pengeluaran yang diingini.
Jumlah Pengeluaran
Jumlah pengeluaran kemudahan i-Sinar yang dibenarkan adalah seperti berikut:
- Pencarum yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 ke bawah di dalam Akaun 1, jumlah pengeluaran yang dibenarkan adalah sehingga RM10,000 untuk 6 bulan dengan bayaran pertama maksimum RM5,000.
- Bagi pencarum yang mempunyai simpanan lebih daripada RM100,000 di dalam Akaun 1, jumlah pembayaran yang dibenarkan adalah sehingga 10% dalam simpanan Akaun 1 mereka dengan maksimum pengeluaran adalah RM60,000. Bayaran pertama yang boleh dipohon adalah maksimum RM10,000.
Cara Pindaan Pengeluaran
Para pencarum ingin meminda jumlah pengeluaran kemudahan i-Sinar KWSP boleh melakukan perkara tersebut melalui langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my/ dan klik bahagian ‘Pindaan Pengeluaran.’
- Masukkan no kad pengenalan/MyKad dan nombor telefon bimbit.
- Klik butang ‘Teruskan.’
- Klik tanda ‘betul’ pada kotak pindaan alamat untuk meminda alamat surat-menyurat.
- Pada bahagian ‘Amaun Dimohon’ klik tanda ‘Betul.’
- Tetapkan amaun yang baharu.
- Bagi pindaan maklumat bayaran, tekan tanda ‘Betul’ pada maklumat bayaran.
- Pilih akaun bank dan masukkan nombor akaun bank yang baharu.
- Klik butang ‘Teruskan’ untuk meneruskan proses.
- Paparan pindaan telah diterima dipaparkan dan permohonan pindaan tersebut diproses dalam masa 5 hari.
Untuk mendapatkan gambaran lebih jelas bagi cara pindaan pengeluaran, sila ikuti gambar di bawah:
Cara Pembatalan Pengeluaran
Untuk membatalkan pengeluaran bagi permohonan kemudahan i-Sinar yang dibuat sebelum ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my/ dan klik bahagian ‘Pembatalan Pengeluaran.’
- Masukkan nama penuh dan no kad pengenalan.
- Klik butang ‘Batal.’
Bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai cara pembatalan pengeluaran, sila ikuti gambar di bawah:
Soalan Lazim
Boleh. Pencarum boleh memohon untuk meminda amaun pengeluaran i-Sinar jika pilihan pindaan ini hanya dibenarkan dibuat sekali sahaja dan amaun pindaan adalah berdasarkan kelayakan maksimum pengeluaran semasa permohonan asal dibuat.
Proses kelulusan satu-satu pindaan adalah dalam 5 hari bekerja dan akan berkuatkuasa untuk bayaran pengeluaran seterusnya mengikut jadual bayaran yang baharu. Perbezaan amaun yang dipinda akan dibahagikan secara sama rata berdasarkan baki bilangan bayaran pengeluaran.
Pindaan amaun pengeluaran i-Sinar boleh dimohon melalui fungsi ‘Pindaan Pengeluaran- Amaun Dimohon’ di laman web i-Sinar online.
Boleh. Pencarum boleh meminda butiran maklumat pengeluaran i-Sinar seperti berikut iaitu nombor telefon bimbit, alamat surat menyurat, butiran akaun bank, dan maklumat bayaran iaitu nama bank, nombor akaun bank (simpanan/semasa) dan/atau pilihan lokasi serahan arahan bayaran.
Tarikh akhir permohonan i-Sinar adalah pada 30 Jun 2021 namun tarikh akhir pencarum boleh membuat permohonan pindaan maklumat pengeluaran dan pembatalan i-Sinar adalah sebelum 31 Disember 2021.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai kemudahan i-Sinar, sila hubungi pihak KWSP di talian 03-8922 6000 atau melayari https://www.kwsp.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.