Advertisements

Permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ 2021

Advertisements

Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) mengalu-alukan pelajar-pelajar anak Negeri Johor yang akan atau sedang melanjutkan pelajaran Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara untuk memohon Pinjaman Pelajaran Dalam Negara 2021.

Untuk makluman, YPJ adalah sebuah perbadanan yang telah ditubuhkan sejak tahun 1982 oleh Kerajaan Negeri Johor yang berperanan dalam menguruskan pelajar-pelajar Negeri Johor yang berkelayakan melanjutkan pendidikan mereka di Institusi-institusi Pendidikan Tinggi di dalam dan di luar negeri.

Antara bantuan pelajaran yang diberikan ialah Pinjaman Pelajaran Dalam Negara yang bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang tergolong dalam keluarga B40 dan M40 bagi pembiayaan pelajaran mereka ke IPT.

Pinjaman ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar IPTA dan IPTS yang terpilih mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara ini dibuka mulai 7 Mac hingga 13 Mac 2021.

Senarai IPTA & IPTS Layak Memohon

Pemohon yang akan atau sedang melanjutkan pengajian di IPTA dan IPTS berikut layak untuk memohon Pinjaman Pelajaran Dalam Negara iaitu:

IPTA

  1. Semua IPTA di Malaysia (Untuk Diploma & Ijazah Sarjana Muda sahaja).

IPTS

  1. Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) (Untuk Diploma sahaja).
  2. Kolej Kemahiran Johor (KKJ) (Untuk Sijil Kemahiran & Diploma Kemahiran sahaja).
  3. Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) (Untuk Diploma sahaja).

Syarat Permohonan

Pemohon yang ingin memohon Pinjaman Pelajaran Dalam Negara perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

  1. Pemohon lahir dan menetap di Negeri Johor.
  2. Pemohon mendapat tawaran kemasukan/sedang menuntut di IPT sebelum memohon pinjaman pelajaran.
  3. Kursus yang diikuti pemohon mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan.
  4. Baki tempoh pengajian pemohon semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari 1 tahun.
  5. Pemohon tiada penaja lain sama ada pinjaman/biasiswa).
  6. Kursus yang diikuti pemohon mestilah sepenuh masa.
  7. Pendapatan ibu dan bapa tidak melebihi RM8,000 sebulan (tertakluk kepada dasar semasa & kelulusan).
  8. Keutamaan diberikan kepada keluarga yang mempunyai jumlah pendapatan dengan per/kapita (jumlah pendapatan isi rumah/jumlah tanggungan) yang paling minima.

Cara Memohon

Untuk memhon, pemohon perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web http://prolims2.ypj.gov.my/.
  2. Klik permohonan pra pendaftaran.
  3. Isi maklumat yang diperlukan.
  4. Log masuk dengan memasukkan ID dan kata laluan.
  5. Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  6. Cetak slip permohonan tersebut.
  7. Susun slip dan dokumen permohonan mengikut turutan.
  8. Masukkan kesemua dokumen sokongan kedalam sampul surat bewarna Coklat bersaiz A4 dan seterusnya di gam dibahagian belakang dengan kemas.
  9. Tuliskan Jenis Permohonan di penjuru kanan atas jenis permohonan yang di pohon iaitu “Pinjaman Pelajaran.”
  10. Masukkan sampul surat ke dalam peti berkunci di Pejabat YPJ.
  11. Bagi yang memilih kaedah Pos, dokumen yang telah dimasuk ke dalam sampul surat tersebut boleh di pos menggunakan kaedah Pos yang mempunyai tracking number.
  12. Sampul surat tersebut perlu dihantar ke alamat berikut:

    Yayasan Pelajaran Johor,
    No. 15, Bangunan YPJ Jalan Nuri,
    Larkin Jaya Kg Dato’ Onn Jaafar,
    Karung Berkunci 711,
    80990 Johor Bahru,
    Johor Darul Takzim.

Dokumen Permohonan

Dokumen-dokumen berikut perlu dihantar bersama slip permohonan iaitu:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pelajar
  2. Salinan Sijil Kelahiran
  3. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga
  4. Salinan Penyata Pendapatan Ibu dan Bapa/Penjaga (Slip Gaji/ Penyata Pendapatan) (Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri)/tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan, sila muat turun dan lengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan di http://portal.ypj.gov.my/wp-content/uploads/2017/07/Pengesahan-Pendapatan-Pinjaman-2020.pdf)
  5. Salinan Surat Tawaran IPT
  6. Salinan Sijil Berhenti Sekolah
  7. Salinan Sijil SPM
  8. Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini IPT (Jika Berkaitan)
  9. Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)
  10. Lain-lain Dokumen Berkaitan

Adalah diingatkan bahawa kesemua dokumen sokongan perlu disahkan oleh Pegawai Profesional Kategori A/Ketua Kampung/Penghulu/Pengerusi JKKK/yang setaraf dengannya.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak YPJ di talian 07-234 4355 atau menghantar email ke [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.