Advertisements

Permohonan Geran Orang Lokal 3.0 Johor: Bantuan Peralatan RM10,000

Kerajaan Negeri Johor melalui Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd (PUJB) mengalu-alukan usahawan mikro dan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Negeri Johor yang ingin mendapatkan bantuan mesin dan peralatan melalui Geran Orang Lokal 3.0 (GOL 3.0).

Untuk makluman, Geran Orang Lokal adalah bantuan yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Johor sejak tahun 2019 bagi membantu para usahawan mikro dan PKS mendapatkan bantuan mesin dan peralatan bagi tujuan perniagaan.

Nilai bantuan bagi sesuatu mesin dan peralatan yang ditetapkan adalah sehingga RM10,000 sahaja.

GOL 3.0 dikhususkan bagi usahawan bertaraf PKS atau mikro sahaja iaitu yang mempunyai jualan tahunan kurang daripada RM 300,000.00 atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang.

Permohonan bagi GOL 3.0 telah dibuka bermula 7 Februari dan akan ditutup pada 21 Februari 2021.

Kluster Perniagaan

Kluster perniagaan yang layak untuk memohon GOL 3.0 adalah seperti berikut:

  • Jahitan- Merangkumi bidang berkaitan jahitan pakaian, langsir alas meja dan lain-lain yang dirasakan berkenaan.
  • Automotif- Merangkumi bidang berkaitan perkhidmatan servis kenderaan bermotor seperti bengkel motosikal atau kereta.
  • Gunting Rambut, Spa dan Kecantikan- Merangkumi bidang perkhidmatan berkaitan dandanan rambut termasuk segala bidang perkhidmatan yang berkaitan dengan spa dan kecantikan.
  • Makanan dan Minuman- Merangkumi bidang pembuatan atau pemprosesan makanan dan minuman sahaja.
  • Percetakan- Merangkumi bidang percetakan.
  • Peruncitan- Merangkumi semua kedai runcit.
  • Industri Kreatif- Merangkumi bidang, pengurusan majlis, kedai bunga, kedai hadiah, hobi, sukan, kraftangan, seni dan lain-lain perusahaan yang bersifat kreatif.

Walau bagaimanapun, terdapat kluster perniagaan yang tidak layak untuk memohon GOL 3.0 seperti:

  • Pendidikan
  • Agro/Perikanan/Penternakan
  • Kejuruteraan Elektrik dan Mekanikal
  • Pelancongan/Perhotelan dan Penginapan
  • Industri Perabot
  • Kewangan/Insurans/Konsultasi
  • Perkhidmatan Perniagaan (Profesional/Bukan Profesional)
  • Pemborong
  • Apa Jua Perniagaan Yang Tidak Patuh Syariah

Syarat Permohonan

Pemohon yang ingin memohon GOL 3.0 perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun berturut-turut dan berumur 18 hingga 65 tahun semasa memohon.
  2. Pemohon mempunyai premis perniagaan atau bengkel atau ruang khas di dalam rumah.
  3. Permohonan diutamakan kepada semua usahawan yang belum pernah menerima mana-mana bantuan dari Kerajaan Negeri Johor, Agensi, atau Kerajaan Persekutuan dalam tempoh 2 tahun.
  4. Pemohon telah menjalankan perniagaan selama 3 bulan dan ke atas mengikut tarikh pendaftaran SSM.
  5. Pemohon mesti mengemukakan salinan 1 bulan penyata akaun syarikat terkini atau 1 bulan penyata akaun simpanan peribadi terkini.
  6. Pemohon mestilah menyertakan gambar premis dan perniagaan yang dijalankan.
  7. Satu syarikat layak untuk satu permohonan sahaja.
  8. Perniagaan pemohon perlulah dijalankan sepenuh masa dan beroperasi di dalam Negeri Johor sahaja.
  9. Sebut harga hendaklah dari pembekal yang sah serta tidak boleh diambil dari atas talian.
  10. Sebut harga tersebut mestilah mempunyai cap rasmi dan “letterhead’’ syarikat pembekal serta perlu ditandatangani untuk pengesahan.

Cara Memohon

Permohonan GOL 3.0 perlu dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Klik link berikut untuk memohon http://bit.ly/GeranOrangLokal21.
  2. Isi setiap maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Next’ pada akhir paparan.
  3. Muat naik dokumen berikut:
    i) Gambar pemohon, premis dan produk.
    ii) Salinan SSM (Borang D, E, 13 & maklumat perniagaan, maklumat pemilik perniagaan)
    iii) 1 bulan penyata akaun syarikat atau persendirian yang terkini,
    iv) 3 sebutharga dari pembekal yang sah.
  4. Di akhir borang permohonan, klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Jika pemohon tidak mendapat sebarang makluman dari PUJB dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan, permohonan tersebut dianggap tidak berjaya.

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai GOL 3.0, sila hubungi Sekretarian GOL 3.0 di talian 07-510 2542 atau di alamat:

Sekretariat G.O.L 3.0,
Jabatan Program dan Pembangunan Usahawan,
Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd.,
No 24 Jalan Iskandar Puteri 1/3,
Iskandar Puteri Commercial Centre,
Taman Nusantara Prima,
81550 Gelang Patah,
Johor Darul Ta’zim.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.