Advertisements

Permohonan Inisiatif Peranti PdPR Kerajaan Negeri Sembilan

Advertisements

Para pelajar di Negeri Sembilan yang tidak berkemampuan untuk memiliki peranti bagi menjalankan Pembelajaran di Rumah (PdPR), sukacita dimaklumkan Kerajaan Negeri Sembilan telah memperkenalkan bantuan bagi membantu para pelajar yang tidak berkemampuan untuk memiliki peranti sendiri melalui Inisiatif Peranti Kerajaan Negeri Sembilan.

Pelaksanaan Inisiatif Peranti Kerajaan Negeri Sembilan telah diumumkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun pada 3 Februari 2021 yang mana matlamat pelaksanaan inisiatif ini adalah bagi membantu pelajar dan ibu bapa dalam memastikan setiap anak dapat mengikuti PdPR dengan baik dan sempurna.

Untuk makluman, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mengakibatkan kebanyakan sekolah dan universiti di seluruh negara terpaksa ditutup dan sesi pembelajaran terpaksa dilakukan secara PdPR.

Advertisements

Ini sekaligus memberikan kesukaran kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah untuk menyediakan kelengkapan peranti yang membolehkan anak-anak mereka dapat menjalankan PdPR dengan baik.

Permohonan Inisiatif Peranti Kerajaan Negeri Sembilan telah dibuka melalui 15 Februari 2021 dan permohonan perlu dilakukan di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berhampiran.

Jumlah Bantuan Peranti

Inisiatif Peranti Kerajaan Negeri Sembilan ini akan melibatkan pemberian sebanyak 3,600 buah peranti bagi keluarga yang layak di seluruh Negeri Sembilan.

Advertisements

Keutamaan pelajar yang akan menerima inisiatif ini adalah pelajar yang datang daripada keluarga yang tidak berkemampuan atau tergolong dalam golongan B40.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, pemohon perlu membuat permohonan melalui langkah-langkah berikut:

  1. Klik link berikut http://bit.ly/InisiatifPerantiKerajaanNS
  2. Muat turun Borang Permohonan dan Borang Pengesahan Pendatapan (jika diperlukan).
  3. Isi Borang Permohonan dengan lengkap dan betul.
  4. Sediakan dokumen sokongan yang ditetapkan.
  5. Hantar Borang Permohonan dan dokumen sokongan di Pusat Khidmat DUN mengikut tempat tinggal pemohon.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan berikut perlu dihantar bersama dengan borang permohonan iaitu:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan ibu bapa/penjaga.
  2. Salinan penyata gaji atau perakuan pendapatan ibu bapa (jika bekerja sendiri).
  3. Salinan kad pelajar (pelajar IPT sahaja).

Alamat Pusat Khidmat DUN

Pemohon boleh merujuk alamat di bawah bagi penghantaran Borang Permohonan Inisiatif Peranti Kerajaan Negeri Sembilan.

DUNAlamat Pusat Khidmat DUN
SikamatPusat Khidmat Rakyat DUN Sikamat,
510-A, Taman Sikamat Jaya,
70400, Seremban, N. Sembilan
BahauPusat Khidmat Rakyat DUN Bahau
No. 13, Jalan Meranti 36,
Taman Meranti,
72100 Bahau N. Sembilan.
AmpanganPusat Khidmat Rakyat DUN Ampangan
No. 52A-1, Jalan Cempaka,
Bandar Baru Ampangan,
70400 Seremban, N. Sembilan.
ParoiPusat Khidmat DUN Paroi,
No. 45, Jalan Kemuning 1, Taman Kemuning,
70450 Senawang, N. Sembilan.
LabuPusat Khidmat DUN Labu,
No. 5, Bangunan Koperasi Mukim Labu,
Batu 10,Labu, N. Sembilan.
NilaiPusat Khidmat DUN Nilai
No. 32, Tingkat 1, Jalan Besar,
71700 Mantin, N. Sembilan.
KlawangPusat Khidmat DUN Klawang
Pekan Kuala Klawang
71600 Kuala Klawang, N. Sembilan.
RepahPusat Khidmat Masyarakat DUN Repah,
Plot 2636, Tingkat Bawah,
Jalan Indah 6/1,
73000 Tampin, N. Sembilan.
PilahPusat Khidmat DUN Pilah
No.4, Tingkat Atas,
Taman Ampang Tinggi,
72000 Kuala Pilah, N. Sembilan.
Bukit
Kepayang
Pusat Khidmat DUN Bukit Kepayang,
No. 281, Tingkat Bawah, Jalan Bukit Intan 7,
Taman Bukit Intan (Pusat Perniagaan),
70200 Seremban, N. Sembilan.
LukutPusat Khidmat DUN Lukut
No. 72, Tingkat Atas, Jalan Pasar Baru,
71010 Lukut, Port Dickson, N. Sembilan.
ChennahPusat Perkhidmatan ADUN Chennah,
No. 1, Jalan Besar Titi,
76150 Jelebu, N. Sembilan.
Sri TanjungPusat Khidmat Masyarakat DUN Sri Tanjung,
No. 11A, Jalan Mahajaya,
Port Dickson Center Point,
71000 Port Dickson, N. Sembilan.
LenggengPusat Khidmat Masyarakat DUN Lenggeng,
Dewan Masyarakat Pantai,
Batu 8, Pantai,
71770 Seremban, N. Sembilan.
ChuahPusat Khidmat DUN Chuah,
No. 22 Jalan Bayan, Taman Bayan,
Bukit Pelandok,
71960 Port Dickson, N. Sembilan.
Seremban
Jaya
Pusat Perkhidmatan ADUN Seremban Jaya,
No. 2844, Tingkat 1, Jalan SJ 3/6B,
Taman Seremban Jaya,
70450 Seremban, N. Sembilan.
MambauPusat Khidmat DUN Mambau,
3784, Tingkat 1, Jalan RJ 6/10,
Rasah Jaya, 70300 Seremban, N. Sembilan.
TemiangPusat Perkhidmatan ADUN Temiang,
No. 307-1, Jalan Temiang,
70200 Seremban, N. Sembilan.
RahangPusat Perkhidmatan Rakyat ADUN Rahang,
No. 1277, Tingkat 1, Jalan Rasah,
70300 Seremban, N. Sembilan.
LobakPusat Khidmat Masyarakat DUN Lobak,
16, Lorong Permata 4/1,
Taman Permata,
70200 Seremban.
PertangPusat Khidmat DUN Pertang,
No. 3, Bazaar Mdj Pertang,
72300 Simpang Pertang, N. Sembilan.
Sungai LuiPusat Khidmat DUN Sungai Lui,
No. 77b Jalan Air Hitam-Bahau, Kg Lama Ayer Hitam,
72120 Bandar Seri Jempol, N. Sembilan.
SertingPusat Khidmat DUN Serting,
No. 319 Tingkat Atas, Pusat Perniagaan Serting,
72120 Bandar Seri Jempol, N. Sembilan.
PalongPusat Khidmat DUN Palong,
Bangunan Mpkk Felda Palong 4, Jalan Puding,
73470 Pusat Bandar Palong, N. Sembilan.
Jeram
Padang
Pusat Khidmat DUN Jeram Padang,
No. 5362 Tingkat 1, Jalan Suria, Taman Suria,
73500 Rompin, N. Sembilan.
JuassehPusat Khidmat DUN Juasseh,
No 5 & 5A, Jalan Juasseh Sentosa 1,
Taman Juasseh Sentosa,
72000 Kuala Pilah, N. Sembilan.
Seri
Menanti
Pusat Khidmat DUN Seri Menanti,
Balai Muhibbah Tanjung Ipoh,
71500 Tanjung Ipoh, N. Sembilan.
SenalingPusat Khidmat DUN Senaling,
Balairaya Kampung Tebat Kering, Jalan Tampin, 72000 Kuala Pilah, N. Sembilan.
JoholPusat Khidmat DUN Johol,
No. 1602, Jalan Besar Pekan Johol,
73000 Johol, N. Sembilan.
ChembongPusat Khidmat DUN Chembong,
No. 9-1 Jalan Rs 1, Rembau Sentral,
71300 Rembau, N. Sembilan.
RantauPusat Khidmat DUN Rantau,
No. 2522 Jalan TD/2, Taman Delima,
71200 Rantau, N. Sembilan.
KotaPusat Khidmat DUN Kota,
Pusat Pentadbiran DUN Kota Chengkau,
71300 Rembau, N. Sembilan.
Bagan
Pinang
Pusat Khidmat DUN Bagan Pinang,
Bt 3 Jalan Pantai, Kampung Bagan Pinang,
71050 Port Dickson, N. Sembilan.
LinggiPusat Khidmat DUN Linggi,
No. 684 Tingkat 1, Jalan Linggi, Linggi,
71150 Port Dickson, N. Sembilan.
GemenchehPusat Khidmat DUN Gemencheh,
No 14A Jalan PKG2, Pusat Komersial Gemencheh Baru,
73200 Gemencheh, N. Sembilan.
GemasPusat Khidmat DUN Gemas,
No. A11 Tingkat Atas, Jalan Desa Permai,
Taman Desa Permai,
73400 Gemas, N. Sembilan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Inisiatif Peranti Kerajaan Negeri Sembilan, layari http://bit.ly/InisiatifPerantiKerajaanNS.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.