Advertisements

Permohonan Insentif Pembukaan Akaun Syarikat: Bantuan Tunai RM200

Advertisements

Bagi usahawan Negeri Johor yang ingin membuka akaun syarikat, anda kini boleh memohon insentif terbaharu daripada Kerajaan Negeri Johor menerusi Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) iaitu Insentif Pembukaan Akaun Syarikat.

Menerusi insentif ini, usahawan akan menerima bantuan tunai one-off daripada Kerajaan Negeri Johor sebanyak RM200 yang akan dikreditkan kepada akaun syarikat atau akaun semasa pemohon sekiranya permohonan berjaya

Untuk makluman, Insentif Pembukaan Akaun Syarikat ini adalah program jalinan kerjasama bersama institusi perbankan iaitu:

  • Affin Islamic Bank
  • Agro Bank
  • Bank Islam
  • Bank Muamalat
  • CIMB Bank
  • Maybank
  • MBSB Bank
  • RHB Bank

Pemohon yang berminat boleh mula membuat permohonan secara atas talian pada hari 10 Mac 2021, hari Rabu jam 8.00 malam.

Manfaat Insentif

Selain bantuan tunai one-off sebanyak RM200, insentif ini menawarkan kemudahan pembukaan akaun syarikat atau semasa yang lebih mudah kepada usahawan iaitu mereka tidak memerlukan introducer atau orang yang memperkenalkan untuk membuka akaun terbabit.

Malah, nilai deposit yang akan dikenakan bagi pembukaan akaun syarikat atau semasa adalah minima dan tertakluk kepada terma dan syarat dari pihak bank.

Syarat Permohonan

Pemohon yang ingin memohon perlu memenusi syarat-syarat permohonan iaitu:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Pemohon ialah warganegara Malaysia dan penduduk tetap Negeri Johor atau telah bermastautin di Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun berturut-turut.
  2. Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas.
  3. Permohonan dibuka kepada individu yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan telah menjalankan perniagaan dan beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.
  4. Insentif ini terbuka kepada syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan serta keutamaan diberikan kepada usahawan PKS dalam kategori Mikro.
  5. Pemohon hanya layak untuk memohon sekali sahaja dan keutamaan diberikan kepada pemohon yang tidak pernah memiliki akaun syarikat atau semasa.

Cara Memohon

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Klik link berikut https://tiny.cc/ipas2021.
  2. Isi maklumat yang diberikan merangkumi maklumat pemohon, pasangan, syarikat dan lain-lain lagi
  3. Klik butang ‘Next’ pada setiap akhir paparan.
  4. Untuk paparan terakhir permohonan, klik butang ‘Sumbit’ untuk menghantar.

Proses Aliran Permohonan

Proses aliran permohonan bagi Insentif Pembukaan Akaun Syarikat adalah seperti berikut:

Tahap Proses
Proses PertamaPermohonan Insentif Pembukaan Akaun Syarikat
Proses KeduaSaringan permohonan
Proses KetigaSemakan kelayakan pemohonan oleh bank pilihan pemohon
Proses KeempatSurat sokongan dikeluarkan oleh PUJB kepada pemohon yang berjaya
Proses KelimaPemohon akan disalurkan ke cawangan bank berhampiran bagi proses pembukaan akaun syarikat
Proses KeenamSerahan dokumen sebagai bukti pembukaan akaun
Proses KetujuhInsentif RM200 dikreditkan ke dalam akaun syarikat yang baharu

Adalah diingatkan bahawa sekiranya permohonan gagal dalam salah satu daripada proses tersebut, pemakluman akan dilakukan kepada pihak pemohon melalui email.

Soalan Lazim

Adakah saya boleh memilih bank yang diingini untuk membuka akaun syarikat saya?

Ya. Anda boleh memilih bank yang diingini dan tertakluk kepada terma dan syarat dari pihak bank tersebut.

Adakah saya boleh memohon jika syarikat saya tidak mendaftar SSM?

TIdak. Usahawan yang ingin memohon insentif ini wajib berdaftar dengan SSM dan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

Bolehkan saya memohon kali kedua jika sebelum ini saya telah memohon?

Tidak. Permohonan yang dibenarkan adalah hanya sekali sahaja.

Jika saya lahir di Selangor tetapi sudah menetap di Negeri Johor lebih 7 tahun, bolehkah saya memohon insentif ini?

Boleh. Pemohon yang telah bermastautin di Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun berturut-turut layak memohon.

Pertanyaan Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Insentif Pembukaan Akaun Syarikat, sila hubungi Jabatan Program dan Pembangunan Usahawan PUJB di talian 07-510 2542 atau menerusi email [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.