Advertisements

Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2021

Advertisements

Kepada pelajar yang sedang menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D), sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2021 telah dibuka.

Untuk makluman, BYDPA adalah biasiswa yang dibuka setiap tahun yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada pelajar yang melanjutkan pengajian dalam pasca siswazah yang diuruskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Oleh itu, permohonan untuk tahun 2021 telah dibuka mulai 15 Mac 2021 iaitu hari Isnin dan akan ditutup pada 9 April 2021 iaitu pada hari Jumaat.

Semua permohonan perlu dilakukan secara atas talian melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my.

Calon Yang Diutamakan

Pihak JPA memaklumkan bahawa calon-calon yang diutamakan dalam permohonan BYDPA 2021 adalah seperti berikut:

  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum dan aktiviti kemasyarakatan.
  • Pelajar tersebut telah menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, rekacipta seni, teknologi, dan sebagainya.
  • Pelajar tersebut mahir lebih daripada satu bahasa antarabangsa.

Bidang Yang Ditawarkan

Pelajar yang menyambung pengajian dalam bidang tersebut layak untuk membuat permohonan:

  • Sains dan Teknologi
  • Ekonomi
  • Undang-Undang
  • Kewangan Islam

Senarai IPT Yang Layak

Pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) berikut layak untuk memohon BYDPA 2021 iaitu:

a) Bidang Sains dan Teknologi/Ekonomi/Undang-Undang

  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

b) Bidang Kewangan Islam

  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • International Centre For Education In Islamic Finance (INCEIF)
  • Universiti Malaya (UM) – sekiranya berkaitan
  • Universiti Sains Malaysia (USM) – sekiranya berkaitan
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – sekiranya berkaitan
  • Universiti Putra Malaysia (UPM) – sekiranya berkaitan
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – sekiranya berkaitan

Syarat Permohonan

Pelajar yang ingin membuat permohonan perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

  1. Pelajar ialah warganegara Malaysia.
  2. Umur pelajar tersebut tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2021.
  3. Pelajar mestilah memiliki Ijazah Sarjana Muda/Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian akademik yang amat cemerlang iaitu CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya.
  4. Pelajar mestilah mendapat tawaran pengajian secara sepenuh masa atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian.
  5. Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan BYDPA Tahun 2021, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pemohonan perlu dibuat melalui laman sesawang https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=AGNG.
  2. Klik bahagian ‘Daftar’ untuk pendaftaran kali pertama.
  3. Isi maklumat dengan lengkap dan dan klik ‘Daftar Akaun Pengguna.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dan hantar sebelum tarikh tutup permohonan.
  6. Muat turun dan turunkan tandatangan borang permohona tersebut.
  7. Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:

    Ketua Pengarah,
    Jabatan Perkhidmatan Awam,
    Bahagian Pembangunan Modal Insan,
    Aras 3, Blok C2, Kompleks C,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62510 PUTRAJAYA,
    (u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan).

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen-dokumen berikut perlu dihantar bersama borang permohonan yang ditandatangani iaitu:

  1. Salinan ijazah pertama atau setaraf (skrol dan transkrip yang diakui sah oleh pegawai berkelayakan).
  2. Salinan Ijazah Sarjana atau setaraf (skrol dan transkrip yang diakui sah oleh pegawai berkelayakan – bagi permohonan peringkat Ph.D).
  3. Surat tawaran tanpa syarat daripada universiti atau institusi pengajian.
  4. Salinan sijil-sijil atau surat pengesahan ko-kurikulum yang diakui sah oleh pegawai berkelayakan.
  5. Kertas Cadangan Pengajian (Research Proposal) dalam Bahasa Malaysia/ Bahasa Inggeris untuk pengajian dalam negara atau Bahasa Inggeris bagi pengajian di luar negara.
  6. Dokumen-dokumen sokongan lain yang berkaitan yang diakui sah oleh pegawai berkelayakan.
  7. Borang JPA(L)LDP1A/96 yang telah dilengkapkan dan ditandatangani oleh pihak-pihak yang berkaitan (dokumen ini hanyalah untuk pemohon yang terdiri daripada penjawat awam sahaja).

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai BYDPA Tahun 2021, sila hubungi talian 03-8885 3879/3569 atau menghantar email ke [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.