Advertisements

Permohonan PIDN JPA: Program Ijazah Dalam Negara 2021

Bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Government Linked Universities (GLU), sukacita dimaklumkan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2021 di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah dibuka.

Untuk makluman, tawaran PIDN 2021 ini adalah secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU) yang mana terdapat empat keadaan perjanjian yang dilaksanakan iaitu:

  • Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar tersebut berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian.
  • Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar tersebut berkhidmat dengan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian.
  • Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian mereka.
  • Selain daripada keadaan-keadaan seperti di atas, pelajar tersebut dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

Pelajar boleh membuat permohonan mulai 11 Mac 2021 dan akan berkahir pada 23 Mac 2021 jam 5.00.

Permohonan hanya dilakukan secara atas talian melalui laman web https://esilav2.jpa.gov.my/.

Bidang Tidang Layak Memohon

Secara umumnya, semua bidang adalah ditaja dalam PIDN kecuali bidang-bidang berikut:

  • Bidang pendidikan.
  • Bidang berkaitan penerbangan yang memerlukan pelajar mengambil lesen penerbangan.
  • Program-program berbentuk francais universiti awam/IPTS;
  • Program-program berkembar/dual ijazah/double degree dengan institusi lain kecuali yang dibenarkan.
  • Program kejururawatan, separa perubatan dan program pra
  • perkhidmatan.
  • Program-program berkaitan sijil profesional seperti ACCA.
  • Program pengajian secara separuh masa/jarak jauh/atas talian/pengajian tanpa subsidi yuran pengajian.

Senarai Institusi Yang Ditaja

Pelajar yang sedang menyambung pengajian di institusi terbabit layak untuk memohon PIDN:

  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Politeknik Premier
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  • Universiti Multimedia (MMU)
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)

Syarat Umum

Syarat umum yang mesti dipenuhi oleh para pelajar untuk memohon PIDN adalah seperti berikut:

  1. Pelajar tersebut merupakan warganegara Malaysia.
  2. Mempunyai kesihatan yang baik.
  3. Pelajar terbabit tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
  4. Pelajat terbabut tidak menerima bantuan kewangan atau tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama.
  5. Pelajar tersebut memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  6. Berumur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan).

Syarat Khusus

Selain syarat umum, pelajar juga perlu memenuhi syarat khusus yang ditetapkan iaitu:

  1. Pelajar tersebut telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup.
  2. Bagi pelajar bidang selain perubatan dan pergigian:
    i) Pelajar tersebut yang telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.00; atau
    ii) Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester di peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi syarat memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.30 di peringkat Diploma dari UA/Politeknik/IPTS (GLU) yang disenaraikan atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM); atau
    iii) Pelajar tersebut memperoleh sekurang-kurangnya keputusan Jayyid Jiddan dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan mengambil sekurang-kurangnya empat mata pelajaran; dan
    iv) Pelajar tersebabit mestilah mempunyai baki 18 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini atau semasa.
  3. Untuk bidang perubatan dan pergigian:
    i) Pelajar tersebut memperolehi keputusan ‘Lulus’ bagi semester terkini pengajian bagi bidang perubatan dan pergigian; dan
    ii) Mereka mempunyai baki 24 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini atau semasa.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan PIDN, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pemohonan perlu dibuat melalui laman sesawang https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=PIDN
  2. Klik bahagian ‘Daftar’ untuk pendaftaran kali pertama.
  3. Isi maklumat dengan lengkap dan dan klik ‘Daftar Akaun Pengguna.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dan hantar sebelum tarikh tutup permohonan.
  6. Pemohon dibenarkan mengemas kini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai PIDN, sila berhubung dengan pihak JPA melalui:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.